MINYAK ZAITUN
MAKANAN YANG DIPUJI OLEH ALLAH DAN RASUL
a. '' (KAMI TUMBUHKAN UNTUK KAMU) POKOK YANG ASALNYA TUMBUHNYA DI GUNUNG TURSINA YANG MENGELUARKAN MINYAK DAN LAUK BAGI ORANG YANG MAKAN "
SURAH AL MUKMINUM AYAT 20
b. Abi Usaid menceritakan yang Rasullah pernah berkata,
''MAKANLAH MINYAK ZAITUN DAN BERMINYAKLAH DENGANNYA , MINYAK ZAITUN BERASAL DARI PADA POHON YANG DIBERKATI''.
DIREKODKAN OLEH AL TARMIZI
Apa kelebihan atau keistimewaan pokok zaitun sehingga dipuji sedemikian rupa di dalam Quraan dan Hadis ?. Minyak Zaitun ini selain rasanya yang lazat dan telah digunakan oleh manusia selama ribuan tahun. Pohon-pohonnya indah dan berumur panjang. Akar-akar nya masuk ke dalam bumi dengan gagah. perkasa. Dan si penanam akan merasai kehormatan dan merasa bangga.
Ia menyimpan pelbagai mesteri kesihatan yang luar biasa.
Pakar Bedah Yang Menjalankan Pembedahan Pemindahan Jantung Yang Pertama Di Dunia, Dr. Christian Bernard menyarankan supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di Kawasan Mediterranean menjaga kesihatan jantung mereka. Menurut Bernard , komuniti ini adalah yang jarang sekali menghidap serangan sakit jantung. Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete ini jarang terkena serangan sakit jantung adalah amalan mereka yang mengambil minyak zaitun .Minyak yang mengandungi kandungan lemak yang bermutu tinggi.
CARA PENGGUNAAN:
1 SUDU MINYAK ZAITUN DAN 1 SUDU CUKA KHURMA. DIMINUM SETIAP HARI AKAN MEMULIHKAN STAMINA ANDA DAN MENJADIKAN KITA SIHAT WALAFIAT, INI ADALAH PANDUAN DARI ALLAH MELALUI RASUL
0 comments:
Post a Comment