ALAM PERTANIAN DALAM MENGHADAPI KENAIKAN HARGA BARANG
Pengalaman Pembelajaran dalam kehidupan yang penuh cabaran
1. Minyak kenderaan semakin naik
2. Daging lembu RM 28 /kg
3. Daging ayam RM 8.90 / Kg
4. Gula RM 2.80/Kg
5. Nasi di kedai makan semakin semakin mahal
6. Kuih 3 biji RM 1.00
Pendekata segala-galanya mahal
Tuan-tuan yang saya hormati, marilah kita insaf dan berfikir. Cuba ingat Tok nenek kita dahulu. Tinggal di kampung. Mereka Tanam dan pelihara ternakan sendiri. Kenapa?
a. Buah kelapa tua boleh dapat santan dan cuka makan
b. Hampasnya di bagi makan ayam kampung atau itik.
c. Tempurung dan sabut dan pelepah diguna untuk bahan api.
d. Abu bakaran dan tahi ayam diguna untuk membaja tanaman.
e. Pagar rumah di tanam ubi kayu, boleh buat kuih.
f. Tanam tebu, boleh buat menisan.
g. Petang mereka pergi ke masjid dan di sana mereka berkomunikasi . Mudah bergontong royong. Bila buat kenduri. Orang kampung tolong hadiah bahan-bahan.
h. Sungai banyak ikan dan udang dan kurang racun
i. Tanam padi, Lengkuas dan kunyit,ubi badak dan ubi itik.
j. Mereka pelihara lembu dan kambing.
k. Mereka tukang rumah, guna kayu hutan
l. Mereka tidur awal, malam bangun, solat tahajud. Pelita minyak tanah. Jimat tenaga.
m. Yang hisap rokok, guna daun nipah dan tanam tembakau sendiri (tembakau kampung).
n. Daun nipah buat atap rumah dan bangsal.
Kesimpulan:
1. Orang dahulu kurang belanja, kerana mereka mendapatkan barang keperluan dengan pertanian sara diri
2. Jika kita dapat gabungkan pertanian cara dahulu dan pertnaian moden. Kita akan lebih mewah kehidupan.
3. Dunit kita banyak kepada hiburan ....Astro,Letrik dan talipon
4. katakanlah jumlah bulanan untuk Astro, letrik dan talipon ialah RM 400/ Sebulan. Maka setahun
adalah RM4800. Jika 10 tahun kerja adalah RM 48000. Dengan duit RM 48000, bayangkan Tuan-tuan boleh mendapatkan sekeping tanah. Dengan tanah tersebut anda boleh melakukan aktiviti pertanian sebagaimana yang anda boleh dapat amalkan seperti dalam blog ini.
5. Saya mohon maaf sekiranya pengalaman ini menguris perasaan anda semua.
0 comments:
Post a Comment