Home » »

Written By Idris on Friday 19 September 2014 | 03:51






CARA  MENGENALPASTI   KEROSAKAN  TANAMAN



1.Periksa semua bahagian pokok yang bermasalah.

 Samada masalah fisiologi,nutrien atau serangan perosak, bahagian-bahagian tertentu  pada pokok akan menampakkan tanda-tanda yang berlainan dengan pokok-pokok yang sihat. Masalah akar ( Penyakit, nematod, air),simpton yang  cepat pada daun, kehadiran perosak dan ulat pemakan daun pada daun.

2. Kenalpasti simptom yang ada.

Tanda adalah berbeza mengikut penyebab. Mengenal tanda membolehkan keputusan  dan tindakan yang cepat.

Tanda-tanda penyakit ialah nekrosis, klorosis, hipoplastik, hyperplastik, layu dan mozek.

Simptom serangga lebih jelas seperti puru, lubang,kerekut, bergulung, sisa/bekas makan.

Simptom nutrien amnya melibatkan daun bertukar warna, bentuk atau kering sebahagian/keseluruhan.


3. Kategorikan simpton mengikut keutamaan.

Jika ekologi pertumbuhan pokok ditanam tidak sesuai/lebih sesuai kepada perkembangan perosak dan penyakit akan wujud pelbagai simpton. Perlu meneliti dan menilai simpton yang lebih dominan.


4. Kenalpasti punca utama masalah

Adalah masalah-masalah lain wujud sebagai sampingan selepas pokok menjadi lemah sekiranya tidak mengenalpasti dengan tepat, tindakan yang diambil tidak/kurang berkesan.

5. Bertindak Mengatasi Punca Utama Dahulu

Punca utama masalah pertumbuhan pokok adakala bukan didapati melalui simptom yang dapat dilihat.






0 comments:

Post a Comment