1.1
Definisi dan pengertian
sungkupan
§ Sungkupan
ialah bahan yang digunakan untuk menutup permukaan tanah berhampiran pangkal
tanaman.
§ Penyungkupan
ialah satu proses menutup permukaan tanah dengan bahan-bahan tertentu dengan
cara yang disyorkan.
1.2
Jenis-jenis sungkupan
Terdapat berbagai jenis sungkupan yang dipraktikkan
dalam alam pertanian temasuk kaedah yang diamalkan secara tradisi ataupun
moden. Antara jenis-jenis sungkupan ialah;
i.
Sungkupan batas
ii.
Sungkupan pangkal pokok
iii.
Sungkupan tebing
iv.
Sungkupan alas polibeg
Jenis-jenis bahan yang boleh dijadikan sungkupan ialah:
1. Daripada
tumbuhan
a) Rumput-rumput
kering
b) Dedaun
lalang
c) Jerami
padi
d) Dedaun
kayu
e) Pelepah
daun kelapa, sawit dan palma
2.
Daripada bahan pembalut terpakai
Daripada bahan pembalut terpakai
a) Guni
b) Kertas
c) Plastik
d) Kain
3. Kompos
separa reput
4. Jejaring
semaian
5. Plastik
'silvershine'
1.3
Tujuan sungkupan
Antara tujuan menyungkup permukaan tanah di
sekeliling pangkal tanaman ialah :
i.
Mengawal pertumbuhan rumpai
ii.
Mengurangkan hakisan
iii.
Menggelakan bijibenih atau anak benih tanaman dan
baja daripada dihanyutkan air.
iv.
Memelihara kelembapan tanah
v.
Merendahkan suhu tanah
vi.
Mengelakkan kepadatan tanah
vii.
Sungkupan dari bahan tanaman menjadi baja bila reput
viii.
Plastik 'silvershine' menghindar serangga
perosak seperti kutu dan trips
0 comments:
Post a Comment