JENIS-JENIS TANAH
Rajah
4 : Jenis-jenis Tanah
i.
Siri tanah
Sistem
klasifilkasi tanah di Malaysia berasaskan USDA Soil
Taxonomy, yang diubahsuai mengikut keadaan tempatan. Sistem FAO/Unesco Legend
juga dirujuk. Di peringkat tertinggi pengelasan tanah kedua-dua sistem ini
digunakan untuk memudahkan perhubungan di forum antarabangsa. Diperingkat
rendah terdapat perbezaan didalam sistem pengelasan yang digunakan di
Semenanjung, Sabah dan Serawak.
Susunan mengikut hireki adalah – Order, Sub Order, Sub Group,
Great Group, Family dan Soil Series. Soil Series atau Siri
Tanah merupakan unit pemetaan terkecil didalam sistem ini. Hireki pengelasan
ini hanya digunakan oleh penyiasat tanah didalam kerja pengelasan tanah. Produk
akhir iaitu peta tanah lazimnya menggunakan unit pemetaan peringkat Family
dan Series sahaja. Rujuk rajah 5 : Susunan mengikut hireki
Rajah 5:
Susunan mengikut hireki
Diperingkat tinggi tanah
dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu:-
i.
Tanah Organik
ii.
Tanah Mineral
1.2.1. TANAH
ORGANIK
Tanah organik (atau dirujuk juga sebagai tanah gambut) berasal
dari pereputan tidak lengkap bahan-bahan organik dipersekitaran yang terendam
air dimana aktiviti mikrob sangat terhad. Didalam keadaan asalnya tanah ini
merupakan kawasan paya yang sentiasa mempunyai paras air yang tinggi. Ditanah
tinggi melebihi 1,000 m apl juga terdapat tanah gambut. Berbeza dengan tanah
rendah, pembentukannya disebabkan oleh suhu yang rendah dan hujan yang tinggi
mengakibatkan terdapatnya lebihan air yang disimpan berbanding dengan
kehilangan air melalui sejatpeluhan. Sungguh pun begitu, gambut tanah tinggi
memenuhi kawasan yang kecil sahaja.
Tanah
organik adalah tanah yang mengandungi bahan
organik tanah dengan ketebalannya melebihi 50 sm didalam profilnya.
Bahan organik tanah ialah bahan
yang mengandungi sekurang-kurangnya 12 % karbon organik. Sekiranya terdapat
kandungan lempung didalam bahan ini kombinasi berikut hendaklah digunakan.
Rujuk rajak 4 Contoh
laporan penyiasatan tanah
1.2.2. TANAH MINERAL
Tanah mineral ialah mana-mana tanah yang tidak dapat dikelaskan
sebagai tanah organik disebabkan oleh:-
kandungan karbonnya yang rendah berbanding dengan pecahan
lempungnya, atau
ketebalan bahan organik tanahnya nipis (<50 sm). Rujuk rajah
6: Carta
tiga segi tekstur
Tanah mineral merupakan kumpulan besar tanah mengandungi
berbagai-bagai jenis tanah. Tanah ini merangkumi semua tanah sedenteri/bukit,
permatang pantai, mendakan laut, aluvium dan koluvium.
Rajah
6 :Carta tiga segi tekstur
ii.
Kandungan
Berdasarkan
kepada peratus pasir, kelodak dan lempung, suatu jenis tanah boleh dikelaskan
kepada 3 kelas tekstur iaitu:-
- Tekstur kasar
- Tekstur Pertengahan
- Tekstur Halus
Rajah 7: Peratus kandungan pasir , kelodak dan
liat dalam tekstur
iii.
Struktur tanah
Struktur
tanah merujuk kepada kumpulan semulajadi kumin-kumin tanah yang membentuk
sesuatu unit tanah yang dipanggil ped. Sturktur tanah bersifat dinamik dan
boleh berubah dalam masa yang singkat mengikut
i) pertukaran keadaan tanah (umpamanya kering atau basah) ii) cara pengurusan tanah dan iii) aktiviti
biologi tanah.
Struktur
tanah dinyatakan melalui bentuk atau jenis, saiz dan grednya. Struktur tanah
ditentukan secara mengambil sebungkah besar tanah dari sesuatu horizon di
profil tertentu dan dengan sedikit tekanan untuk bungkah memecah kepada ped
tertentu.
Struktur
tanah yang baik mempunyai saiz dan gred yang sederhana terbentuk. Tanah dengan
struktur yang besar dengan gred kuat menyukarkan pertumbuhan pokok. Manakala
tanah berstruktur lemah atau tak berstruktur akan mudah terhakis sekiranya
berada pada kawasan yang berbukit dan curam. Rujuk rajah 7
Gred Struktur
Gred struktur ialah darjah kekuatan yang menunjukkan
paduan dan lekatan sesuatu unit tanah. Sebelum menghuraikan gred atau
pembentukan struktur, pertama sekali kita perlu memisahkannya sama ada:
a.
Tiada struktur
(apedal) – tiada ped atau unit yang dapat dilihat di profil
tanah. Dibahagikan kepada dua:-
i.
Butir
tunggal – tanah peroi dan longgar. Contoh : tanah BRIS
ii.
Massif
– biasanya mempunyai konsisten yang kukuh. Contoh : tanah-tanah paya terendam air atau tanah
aluvium laut.
Menunjukan
struktur (pedal) – huraian bagi gred digunakan seperti dibawah Rujuk
rajah 8 : Gred Struktur Bagi Tanah Yang Mempunyai Ped
Gred
Struktur
|
Huraian
|
Lemah
|
Ped sukar diperhatikan dan
hanya susunan lemah. Jika sedikit diganggubahan tanah akan memecah kepada
campuran berbagai jenis ped dan banyak bahan tanah hancur yang tiada ped
|
Sederhana
|
Ped mudah diperhatikan dan terdapat susunan yang
ketara, jika diganggu bahan tanah memecah kepada beberapa ped.
|
Kuat
|
Ped jelas diperhatikan dan terdapat susunan utama.
Apabila bahan tanah diganggu biasanya akan memecah kepada keseluruhan ped.
|
Rajah
8 : Gred Struktur Bagi Tanah Yang
Mempunyai Ped
Saiz Struktur
Pengelasan
saiz struktur berbeza-beza mengikut jenis struktur. Oleh itu saiz dan jenis
struktur dibincangkan untuk memudahkan pemahaman. Jadual di bawah menunjukan
saiz dan jenis struktur.
Jenis struktur yang asas ditakrifkan seperti berikut:-
a) Gerintil: Speroid atau polihedron, mempunyai lengkungan
atau permukaan tak seragam. Permukaan-permukaannya tidak merupakan permukaan
bersama antara satu sama lain. Struktur ini banyak terdapat dilapisan atas atau
horizon A tanah.
b) Berblok: Blok atau polihedron, hampir sama dimensinya
(panjang dan lebar), mempunyai permukaan rata atau sedikit bulat, yang mana
permukaannya ini menjadi acuan ped sebelahnya. Dipecahkan kepada 2 iaitu:-
i.
Berblok
bersegi – sekiranya muka-muka pednya berbucu bersudut tajam.
ii.
Berblok
subsegi – sekiranya muka-muka pednya berbucu lebih bulat.
c) Prismatik: Dimensi
horizontalnya terhad dan memanjang secara vertikal. Muka-muka ped vertikal
jelas, mempunyai muka-muka yang rata atau sedikit bulat. Struktur prismatik
yang mempunyai atas yang bulat dipanggil
Kolumnar. Sungguh pun betitu
struktur kolumnar mungkin tidak dijumpai di negara kita; biasanya di kawasan
separa gurun yang tinggi kandungan sodiumnya.
d) Berkeping: Rata dan berlapis-lapis dengan ukuran panjang / lebar
lebih daripada tebal. Rujuk
rajah 8
Kelas
|
Jenis atau Bentuk
Struktur
|
|||
Berkeping
|
Prisma
|
Berblok
|
Gerintil
|
|
Sangat halus
|
< 1
|
< 10
|
< 5
|
< 1
|
Halus
|
1 - 2
|
10 - 20
|
5 - 10
|
1 - 2
|
Sederhana
|
2 - 5
|
20 - 50
|
10 - 20
|
2 - 5
|
Kasar
|
5 - 10
|
50 -
100
|
20 - 50
|
5 - 10
|
Sangat Kasar
|
> 10
|
> 100
|
> 50
|
> 10
|
|
Berkeping
|
Kolumnar
Prisma
|
Berblok
bersegi
Berblok
subsegi
|
Gerintil
|
Rajah 8: : Saiz Struktur
Mengikut Jenis (mm)
Hubungan Struktur
Tanah Dengan Penyediaan Tapak kawasan
pemasangan infrastruktur SPH ladang fertigasi
Struktur
tanah penting kerana ia mempengaruhi regim air tanah, pengudaraan dan juga ketumpatan pukal tanah. Tanah
berstruktur baik ialah tanah yang agregatnya banyak dan stabil. Tanah yang berstruktur baik mempunyai
kelebihan berikut:-
· Tanah
berongga memudahkan pengudaraan dan pengaliran air. Ini akan menggelakkan
hakisan tanah
· Infiltrasi air di permukaan tanah adalah baik. Agregat
yang stabil dapat menahan impak titisan air hujan yang akan mengurangkan
hakisan tanah dan menjadikan ianya sesuai untuk pembinaan infrastruktur SPH.
· Tanahnya
stabil kerana mengandungi bahan organik menjadikan infrastruktur yang akan dibina akan
berkeadaan setabil..
· Ketumpatan
pukal tanahnya rendah dan ini memudahkan tanah dikerjakan untuk pembinaan
infrastruktur SPH.
iv.
Tekstur
Tekstur tanah adalah peratus komposisi
kumin-kumin tanah (lempung, kelodak dan pasir, tidak termasuk bahan organik)
dalam sesuatu tanah.
Tekstur
merujuk kepada kumin-kumin yang terdapat di dalam pecahan halus tanah (fine
earth fraction) yang bersaiz < 2mm. Kumin-kumin tanah ini adalah lempung
(<0.002 mm), kelodak (0.002 - 0.02 mm) dan pasir (0.02 - 2 mm). Kumin
yang >2 mm tidak dimasukkan di dalam
penentuan tekstur. Rujuk jadual 9 :
Pengelasan Saiz Kumin Tanah
Jadual1
dibawah menunjukkan saiz pengelasan saiz kumin dan keberbatuan di dalam tanah
mengikut USDA (United State Department of Agriculture
Saiz (mm)
|
Pengelasan
|
< 0.002
0.002 –
0.02
0.02 – 0.2
0.2 – 2.0
2.0 – 20.0
20.0 – 60.0
60.0 –
200.0
> 200
|
Lempung
Kelodak
Pasir Halus
Pasir Kasar
Kerikil
Batu
Bulder
Bulder
besar
|
Jadual 9 : Pengelasan Saiz Kumin Tanah
Penentuan
tekstur tanah boleh ditentukan dengan 2 cara iaitu:-
i.
Di makmal
ii.
Di lapangan
Di
makmal penentuan tekstur dilakukan menggunakan kaedah analisis mekanik
(mechanical analysis). Walau pun penentuan kelas-kelas tekstur hanya boleh
ditentukan dengan tepat dimakmal, pengalaman dan panduan boleh digunakan bagi
menentukannya dilapangan.
Dilapangan, tekstur ditentukan dengan menggunakan rasaan
jari-jari tangan. Kita perlulah menganggarkan peratusan ketiga-tiga kumin tadi.
Sebagai panduan rasaan-rasaan berikut digunakan:
Lempung
- melekit bila lembab dan basah
Kelodak
- licin hampir-hampir saperti sabun
Pasir
- kesat, saiznya cukup kasar untuk dirasa dan dilihat.
Oleh
kerana tanah-tanah mengandungi ketiga-tiga kumin ini dengan peratusan yang
berbeza-beza, rasaan di atas sentiasa bercampur-campur, kecuali dalam kes-kes
dimana peratusan sesuatu kumin diperatusan yang sangat tinggi. Sungguhpun
begitu di dalam penentuan tekstur anggaran peratusan lempung adalah yang paling
penting. Kelodak hanya dapat dirasa apabila kandungannya tinggi, biasanya
>30 peratus.
Manakala
pasir merupakan saiz yang dapat dirasa kesatnya. Rujuk jadual 10 : Jadual kelas
Tekstur Tanah
Tekstur kasar
|
Tekstur pertengahan
|
Tekstur halus
|
Pasir
|
Kelodak
|
Liat
|
Pasir berlom
|
Lom berkelodak
|
Liat berkelodak
|
Lom berpasir
|
Liat berpasir
|
Lom liat
|
Lom
|
Lom liat berpasir
|
Lom liat berkelodak
|
Jadual
10 :Jadual kelas Tekstur Tanah
No comments:
Post a Comment