Pages

Monday, 29 February 2016

TEKNOLOGI MEMPROSES KERPOK LEKOR



BAHAN-BAHAN :

1. ISI IKAN - 12 KILOGRAM




2. TEPUNG SAGU  ( 60%) - 7.2 KILOGRAM





3. TEPUNG UBI (40 %) - 4.8 KILOGRAM



4. GULA (1.5 %) - 180 GRAM




5. GARAM ( 3 %) - 360 GRAM



6.  MODIFIDE CORN STARCH (MCS ) - 36 GRAM



7.AIR BATU - IKUT KE DALAMAN






CARA MEMBUAT : 

1. ISI IKAN DIMASUKKAN KE DALAM AIR BATU

2. MASUKKAN KE DALAM MESEN  PENGHANCUR IKAN




3.MASUKKAN ISI IKAN HANCUR  DAN SEMUA BAHAN-BAHAN LAIN  KE DALAM MESEN PENGAUL



4. GAUL SEHINGGA SEBATI




5. BENTUKKAN PANJANG-PANJANG





6. REBUS









7. GORENG



SELAMAT MENCOBA.....


RUJUKAN:

1. BIRAS KU   ABANG PA

2. MARDI

3. PENGALAMAN PENULIS



Saturday, 27 February 2016



TEKNIK MEMBUAT TAUGEH

BAHAN-BAHAN :

1. 1 TIN MINYAK MAKAN (KOSONG/ YANG TELAH DIGUNAKAN)

2. TEBUK LUBANG 1'' X 1 '' DI PERMUKAAN BAWAH TIN

3. GUNI JUT

4.KERTAS SURAT KHABAR (  BASAHKAN)

5.KACANG HIJAU KASAR 1.5 KILOGRAM

6. SIAKO - 2 SUDU MAKAN

7. BATU-BATA



BEKAS TAUGEH





CARA MEMBUAT :

1. ALAS TIN DENGAN SURAT KHABAR BASAH DI SEKELILING TIN

2. RENDAM KACANG  - 4 JAM KEMUDIAN TOSKAN.

3. MASUKKAN KACANG YANG DITOSKAN KE DALAM DULANG ATAU BESEN KEMUDIAN TEBUK DAN GAULKAN DENGAN SIAKO

4. MASUKKAN KE DALAM TIN DAN TUTUP DENGAN GUNI BASAH DAN TINDIH DENGAN BATU- BATA

5. SIRAM 4 JAM SEKALI

6. 3 HINGGA 4 HARI BOLEH PUNGUT HASIL





Rujukan:

1. Pn. Ramlah Abd Hamid

2. Pengalaman penulis








Tuesday, 23 February 2016

MAKAN MAKANAN YANG BAIK. TAU FU FAH MENGANDUNGI PROTIN YANG TINGGI. BOLEH DIUSAHAKAN SECARA KECIL-KECILAN. BILA MAJU JANGAN LUPA SEDEKAH KEPADA ORANG MISKIN.


TEKNOLOGI MEMPROSES  TAUFU FAH    ( TAUHU MANIS )


BAHAN-BAHAN :

A. UNTUK MEMBUAT TAUHU

1. KACANG  SOYA - 2 KILOGRAM

2. SIAKO - 50 GRAM







3. TEPUNG JAGUNG / TEPUNG UBI - 100 GRAM

                                    


4. AIR - 12 LITER




B. UNTUK MEMBUAT  AIR GULA

1. GULA  TEBU (ATAU GULA MERAH ) - 1 KILOGRAM



2. DAUN PANDAN - 4 HELAI


3. HALIA - 34 GRAM


4. AIR - 2 LITER





CARA MEMPROSES :

1. KACANG SOYA DIPILIH, DICUCI DAN DIRENDAM DALAM AIR  YANG BANYAK ( TENGGELAM KACANG ) SELAMA  4 - 5 JAM.

2. BASUH KACANG, DAN MASUKKAN KE DALAM RAGA JARANG DAN SIRAM DENGAN AIR. TOS KACANG . KISARKAN DENGAN SEBAHAGIAN AIR YANG DISUKAT.

3. AIR DITAMBAH SEHINGGA SUKATAN 1 : 6 ( 1 KILOGRAM  BERAT ASAL KACANG : 6 LITER AIR ).

4. PERAH KACANG SOYA DENGAN MESIN PENAPIS ATAU DI TAPIS DI DALAM KAIN NIPIS ( CONTOH  KAIN BAWAL ).

5. TAPIS SUSU SOYA DENGAN KAIN NIPIS

6. MASAKKAN SUSU SEHINGGA MENDIDIH DI DALAM PERIUK . APABILA MENDIDIH PERLAHANKAN API SELAMA 15 MINIT.

7. SEMENTARA ITU SAIKO DAN TEPONG DILARUTKAN DI DALAM SEDIKIT AIR. MASUKKAN  KE DALAM BALDI UNTUK MEMBEKU. PASTIKAN  SIAKO MELEKAT PADA DINDING BALDI.

8. TUANG SUSU KACANG SOYA KE DALAM BALDI DENGAN KEADAAN TETAP..TUDUNG BALDI

9. SEMENTARA ITU MASAKKAN AIR GULA DAN SEJUKKAN.

10. SENDUK TAUHU KE DALAM MANGKUK DAN HIDANG BERSAMA GULA




Sunday, 21 February 2016

Pau adalah sejenis roti kukus yang sangat diminati ramai. Pau boleh dijadikan sumber pendapatan . Terutama dalam zaman kemelesetan ekonomi.




TEKNOLOGI MEMPROSES PAU


PAU ADALAH SEJENIS ROTI JENIS KUKUS YANG SANGAT  DIMINATI  RAMAI. 

BAHAN-BAHAN:

1.  TEPUNG PAU - 500 gram




2.  GULA KASTOR - 150 gram


3. YIS KERING - 20 gram




4. BREAD IMPROVER - 5 gram ( SETENGAH SUDU)





5. GARAM - 3 gram ( TAK SAMPAI SETENGAH SUDU TEH )



6. SHORTENING - 80 gram




7. AIR - 350 mililiter ( LEBIHKURANG)





NOTA : AKAN MENGHASILKAN 21 BIJI


CARA-CARA :

1. CAMPUR KESEMUA BAHAN-BAHAN KECUALI AIR KE DALAM MANGKUK PENGADUM.

2. PUTAR MESIN (ON ) CARA  PERLAHAN, MASUKKAN AIR SEDIKIT-SEDIKIT SEHINGGA NAMPAK LEMBUT, BARULAH DIPUTAR LAJU SEDIKIT SEHINGGA ADUNAN SEBATI DAN SEDERHANA LEMBUT.

3. TABUR TEPUNG GANDUM ATAS MEJA KERJA . KELUARKAN  DOH DARIPADA MESIN DAN LETAK ATAS MEJA TADI. POTONG DAN TIMBANG 50 GRAM SEBIJI.

4. BUAT BULAT-BULAT , ISI  INTI DAN BUNJUTKAN  DAN LETAK ATAS KERTAS PUTIH DAN PERAP SEHINGGA NAIK DUA KALI GANDA BARULAH DIKUKUS.

5. KUKUS SELAMA 10 - 15 MINIT

PENULIS TELAH BERGURU DENGAN ALLHYARHAMAH  PN. SALMAH ( SEMOGA ALLAH MERAHMATINYA) SEMASA BELIAU  MENJADI PENSYARAH DI INSTITUT PERTANIAN  TITI GANTONG, PERAK MALAYSIA. SEMOGA  RESEPI INI DAPAT MENJADI  AMAL JARIAH  DI ALAM BERZAKH.
































Saturday, 20 February 2016

DALAM BIDANG TANAMAN BANYAK TERJADI PERKARA YANG MEMBAWA KEPADA TEKANAN. MENGAWAL TEKANAN ADALAH SATU KEMAHIRAN YANG PERLI DIMILIKI OLEH SESEORANG INSAN.




TANAMAN DI SERANG PEYAKIT

CARA MENGAWAL TEKANAN (STRESS)


SETIAP MANUSIA AKAN MENGALAMI  TEKANAN HIDUP

CONTOH TEKANAN :

a. HASIL TANAMAN TIDAK MENJADI

b. TANAMAN DICURI ORANG

c. HASIL RENDAH

d. KEMATIAN AHLI KELUARGA ATAU PEKERJA 


CARA UNTUK MENGATASI STRESS :

1. BERSUKAN MENGIKUT CARA YANG BETUL




2. MENGAWAL DIET


   A. BANYAK MAKAN SAYUR



   B. KURANG MAKAN DAGING




   C. MAKAN BILA LAPAR







3.URUT MENGURUT DARI MASA KE SEMASA 





4. MANDI AIR SUAM / MANDI WAP





5. PAKAI MINYAK WANGI






6. CERITA MASALAH KEPADA ORANG @ BINATANG @ POKOK YANG BOLEH MENYIMPAN RAHSIA



7. TENGOK IKAN DALAM AQUARIUM



8.  MAIN KOMPUTER



9. MENANGIS SAMBIL  BERDOA KEPADA ALLAH





10. CUTI DAN  REHAT SAMBIL BERKELAH


11. MEDITASI / ISTIFAR / SOLAT TAUBAT / SOLAT HAJAT



12. LIHAT PEMANDANGAN YANG CANTIK






13. ZIKIR DAN TASBIH ATAU BERSELAWAT BANYAK-BANYAK



14. MEMELUK BAYI KITA ATAU BAYI ORANG



15. SENYUM SELALU



16. INGAT MATI DAN BUAT PERSEDIAAN MATI




17.  RIDA KEPADA TAKDIR ALLAH


18. BACA KARTUN /CERITA PENEDEK/ CERITA JENAKA



19. BAIKI KOMUNIKASI DENGAN ORANG



20.MENGADU DAN MUNAJAT KEPADA TUHAN YANG ESA




21. MENJAUHI MENYIKSA BINATANG ATAU MAKHLUK ALLAH



22. SENTIASA MUSYAHADAH ATAU MERINDUI ALLAH



  RUJUKAN :

DR MOHD FADILAH KAMSAH