TEKNOLOGI PEMPROSESAN TEMPE
Tempe adalah makanan yang dibuat dari fermentasi terhadap biji KACANG SOYA atau beberapa bahan lain yang menggunakan beberapa jenis KULAT Rhizopus, seperti Rhizopus oligosporus, Rh. oryzae, Rh. stolonifer (Kulat roti), atau Rh. arrhizus. Penyediaan fermentasi ini secara umum dikenal sebagai "ragi tempe".
Bahan-Bahan :
1. Kacang Soya - 1 kilogram
2. Inokulum ( ibu Tempe) - 10 gram
3. Bahan pembungkus
a. Daun pisang
b. Daun ketapang,
c. Daun Rambai
d. Plastik berlubang
Kaedah :
1. Basuh Kacang soya dan rendamkan di dalam air semalaman.
2. Kemudian basuh dan rebus kacang soya selama satu jam.
3. Buang kulit kacang soya dan toskan airnya sehingga kering. Kacang mestilah cukup kering sebelum digaul dengan inokulum Sedikit tepung gandum boleh dicampur dengan meresapkan air yang berlebihan.
4. Gaul dengan inokulum dengan kadar 1 % ( 1 gram inokulum bagi tiap-tiap 100gram kacang timbangan kering ). Tempe yang telah jadi boleh dikeringkan dan tumbuk halus untuk digunakan sebagai ibu inokulum.
5. Bungkus dan peram selama 24 jam. Selepas 24 jam kacang tersebut akan disalut oleh kulat bewarna putih dan sedia untuk dimasak.
Rujukan :
1. Institut Pertanian Kuala Lipis Pahang, Malaysia
2. http://tempetradisionalhjhtuminah.blogspot.my/2013/04/cara-cara-membuat-tempe-secara.html
No comments:
Post a Comment