Teknologi Penanaman Nanas Berkepadatan Tinggi
Pengenalan
Penanaman nanas Moris di Malaysia, pada kebiasaannya ditanam pada jarak 90cm x 60cm x 30cm. Pada jarak tersebut, petani akan memperolehi bilangan pokok sebanyak 30,000 - 35,000 sehektar. Dalam banyak negara pengeluar nanas dunia, hanya negara Filipina mengamalkan teknik penanaman nanas berkepadatan tinggi dengan penghasilan sebanyak 80,000 - 90,000 pokok. Varieti yang ditanam ialah MD2 dan menjadi amalan ladang-ladang nanas dalam pengeluaran nanas bersaiz sederhana iaitu Gred B dan Gred C. Kaedah ini didapati mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada pengusaha.
Faktor Penentu Kejayaan
Menggunakan pendekatan bagi memaksimumkan tanaman dalam satu unit pengeluaran tanpa mengurangkan kualiti dan gred buah yang dikeluarkan adalah diutamakan . Khususnya bagi nanas varieti Moris,
jarak tanaman yang disyorkan adalah pada 30cm x 30cm bagi mendapatkan bilangan pokok di antara 80,000 – 85,000 pokok sehektar.
Kejayaan kaedah ini bergantung kepada ketelitian petani dalam menguruskan ladang dan tanaman dengan memberi fokus kepada perkara berikut:
a. Penyediaan tanah yang sempurna dan memastikan tapak penanaman betul-betul gembur dengan melakukan satu pusingan bajak piring sedalam 25cm diikuti dengan pusingan bajak putar.
b. Membina lorong kerja untuk menyembur baja, racun dan penggalak bunga selebar 75m pada setiap 30m atau pada setiap 10 baris yang berfungsi sebagai laluan air.
c. Mengaplikasikan program pembajaan yang persis melalui semburan baja cecair yang dirumus khas menggunakan baja tunggal iaitu Urea, Christmas Island Rock Phospate (CIRP) dan Muriate of Potash (MOP) bagi menggantikan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17.
REKA BENTUK PENANAMAN
LADANG NANAS
Nota Kaki:
1. Jabatan Pertanian Kedah Dril Aman
2. http://animhosnan.blogspot.com/2011/08/nenas-md2.html
3. Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah
CARA MENANAM NANAS DI KPM,BUKIT TANGGA
4. Tanaman padat oleh Petani Abu Hasssan Man
No comments:
Post a Comment