CARA MENYIMPAN BIJI BENIH
1. Definisi
biji benih
Biji benih merupakan penyambung
spesies tanaman (KEMANDARIAN) daripada satu generasi ke suatu generasi dalam peredaran masa
yang panjang. Juga sebagai tanda Allah bersifat kekal. Biji benih yang bermutu sangat tinggi seperti yang digambarkan
dalam peribahasa melayu biji benih yang baik jatuh ke laut menjadi ‘pulau’.
Oleh itu mempelajari biji benih sama ada dari segi saiz atau teknologi
pengeluaran dan penyimpanan sangat penting.
2. Ciri-ciri biji benih yang berkualiti
· kadar percambahan yang tinggi
· ketulenan variati atau genetik yang tinggi
·
kecergasan yang tinggi
·
sempurna iaitu tidak retak, pecah, rosak atau
cedera.
·
Sihat iaitu tidak brpenyakit.
·
Kematangan kelambapan yang rendah
·
Bebas dari serangga-serangga dan musuh lain
·
Ketulenan fizikal yang tinggi iaitu bebas dari bahan
pencemar seperti biji benih rumpai, biji benih tanaman lain dan jirim lengai
(bahagian pokok, tanah dan lain-lain)
·
Ciri-ciri kesegaran, kepadatan biji benih serta
saiz, warna dan rupa keseluruhan yang memuaskan.
3. Jenis-jenis biji benih :
i.
biji benih besar
ii. biji benih sederhana
iii. biji benih kecil
4. Pemilihan biji benih
4.1.1
Bebas dari kerosakan
·
Biji benih
bermutu mengandungi bahagian-bahagian penting seperti radikal, plumul dan
endorsperma.
·
Kerosakan pada bahagian-bahagian tisu biji benih akan
mengurangkan percambahan biji benih.
·
Kadang-kala
biji benih yang rosak tetap akan cambah tetapi anak benih menjadi tidak sihat.
·
Kerosakan di
bahagian luar biji benih seperti keretakan tidak akan menjejaskan daya
percambahan.
4.1.2
Matang dan daya percambahan
Biji benih yang matang mempunyai daya percambahan
yang baik berdasarkan ciri-ciri di bawah :
· Biji yang padat dan tidak kecut
· Biji yang berat. Berat kering biji benih yang maksimum
adalah satu ukuran pencapaian kematangan serta kebernasanya.
· Biji benih
yang ringan rendah mutunya. Kekurangan baja akan menyebabkan biji benih kurang
daya percambahan.
· Mempunyai kandungan kelembapan antara 20% hingga 35%
semasa hendak dituai.
· Biji benih yang tinggi kandungan kelembapannya adalah
rendah mutunya kerana akan memberi percambahan yang rendah.
· Adalah
penting biji benih mencapai berat kering maksimum pada musim panas ataupun
musim kering .Pada musim hujan biji benih yang terbentuk adalah rendah mutunya.
4.1.1 Tulen
Semasa menyediakan biji benih, elakkan daripada
bercampur dengan biji benih jenis yang lain. Biji benih tidak tulen rendah
mutunya.
4.1.2 Bebas daripada pembawaan penyakit dan perosak
Elakkan daripada menggunakan biji benih yang
berkulat atau yang diserang oleh serangga. Biji benih berpenyakit menyebabkan
penyakit merebak. Cara-cara untuk mendapatkan biji benih yang bebas daripada
penyakit adalah seperti berikut:
i.
Menanam di kawasan bebas daripada penyakit.
ii.
Merawat biji benih terlebih dahulu supaya bakteria
dan kulat di dalam biji benih akan terbunuh dan biji benih akan terkawal
daripada penyakit.
5. Penyimpanan biji benih/bahan tanaman
Tujuan: biji benih mesti dikeringkan kelembapan
kepada 3% hingga 10% supaya dapat disimpan lama tanpa menjejaskan kualiti
percambahan.
5.2.1
Kepentingan
i.
Daya percambahan biji benih tidak akan rosak. Ini
kerana disebabkan biji benih yang baru disediakan mempunyai kandungan
kelembapan diantara 30% hingga 35% dalam kandungan kelembapan begini biji benih
akan ‘deteriorate’ terutama dalam haba yang panas dan kelembapan udara yang
tinggi.
ii.
Biji benih dianggap matang apabila berat keringnya
yang maksimum dan kandungan kelembapan diantara 20%-35%.
iii.
Biji benih yang basah jika disimpan didalam keadaan
yang panas tidak akan tahan lama.
iv.
Daya percambahan serta kecerdasannya akan merosot.
v.
Menjaga kualiti biji benih ketika dalam simpanan, ia
cambahan dan kecerdasan biji benih terjamin.
vi.
Biji benih yang telah dibersihkan daripada
bahan-bahan lain dapat dikurangkan dengan kelembapan dengan beberapa cara
iaitu:
a. Pengeringan asli:
·
Mengeringkan dengan menggunakan cahaya matahari yang
terik sehingga kering.
b. Pengeringan tidak asli:
·
Pengering suhu rendah
·
Pengeringan suhu sederhana
·
Pengeringan suhu tinggi
5.2.2 Kaedah menyimpan biji benih
i.
Jenis-jenis bekas penyimpanan
·
Bekas kedap udara
·
Bekas/plastik lut sinar
ii.
Bekas-bekas tersebut perlu di labelkan seperti
berikut
·
Nama tanaman/tumbuhan
·
Tarikh di pek
·
% per cambahan
·
Berat kandungan
No comments:
Post a Comment