RAHSIA PAKAIAN BUMI
Tuhan yang maha Agung telah mencipta begitu rupa , susunan bumi yang sangat indah ini.
Gunung sebagai pasak atau tulang bumi.
Dicelah-celahnya ada tempat aliran air lalu.
Dan terus ke sungai
Akhirnya mengalir ke laut.
Sang Matahari yang maha setia menarik air laut ke atas menjadi awan dan di tolak oleh kawan yang setia iaitu si angin ke gunung. Lalu jatuh ke gunung. Begitulah sistem alam yang telah diTaqdir atau ditetap oleh Sang maha Pencipta Yag maha agung. Mulut kita ada misai untuk menyekat sesesuatu masuk ke dalam mulut. Begitulah Sungai, perlu ada penapis dan penghadang bagi menghalang sesuatu masuk ke dalam sungai Ciptaannya. Rumput dan Aur (buluh) sentiasa di tebing sungai bagi mengawal hakisan. Pokok kayu balak adalah untuk mengawal tanah di tepi sungai supaya tidak berlaku pendedahan dan lapisan simen. di mana apabila hujan turun ia akan menyerap ke dalam tanah. Maka sungai menjadi jernih dan tidak berlumpur.
Kalau Sungai berlumpur maka lama kelamaan Sungai Cepat Tohor, dan mudah berlaku limpahan seperti yang berlaku sekarang.
Saudara-saudaraku semua , Insaflah. Alam tani moden ingin memaparkan hubungan alam dengan Sang Pencipta. Jagalah alam ini supaya ianya sentiasa mesra dengan kita.
No comments:
Post a Comment