Pages

Friday, 30 January 2015

PLANT B00STER ADALAH BAHAN UNTUK MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN TANAMAN YANG PALING UNGGUL





APAKAH ITU '' PLANT BOOSTER " ?


PENGGALAK TANAMAN

PERANGSANG TANAM 

PENGUAT TANAMAN



KAEDAH MENGGUNAKAN:

A. SEMBURAN

- BAWAH DAUN
- WAKTU PAGI  (SEBELUM PUKUL 11 .00 am)
- 5 - 7 HARI SEKALI
- 10 ml : 1000 ml ( 180 ml : 18 mk air)


Rujuk: Cara membuat Booster pada keluaran yang lepas

Friday, 16 January 2015



















UBAT SAKIT LUTUT ATAU SAKIT SENDI-SENDI


SEDIA 18 HELAI DAUN POKOK MEMALI .
REBUS  3 HELAI DAUN DI DALAM  3 GELAS AIR DALAM PERIUK SEHINGGA TINGGAL SATU GELAS DAN MINUM .
DAN ULANG PAGI DAN MALAM SELAMA 3 HARI.






Sunday, 11 January 2015



CARA PEMASANGAN SISTEM FERTIGASI JENIS SUNTIKAN BAJA


1     1.  Pasang sistem fertigasi seperti di atas.
     2.  Isi media – di dalam bekas 
a.        Polibeg – coco peat
b.       Bekas biru dimasuk asid , Baja A dan Baja B
c.        Tong PP – dimasukkan air
     3. Uji  kepekatan baja dengan cara
a. Tutup  semua paip ,buka satu paip dan tadah pada satu bekas untuk menguji EM
b. Buka coke  untuk paip baja A dan B ---mula-mula buka separuh ke dua-dua paip yang bersambung dengan tong A dan B.
c. Check EM di dalam bekas untuk  check kepekatan air
d.  Jika   tak sampai 1.6 (contoh jika peringkat awal perlu 1.6 em)
e.  Ulangi dengan membuka coke lebih besar
f.   Dan check ---sehingga sampai  mencapai 1.6
g.   Akhirnya dapat formula---jika di buka  separuh dapat em setakad mana .
      4. Uji  quantity air dengan cara menguji berapa lama kena pasang (buka paip ) untuk mencapai kuanti air yang diperlukan. Caranya:
a.  Buka semua paip

b.  Dan ukur berapa lama untuk mencapai 1 liter   air .

Masuk syurga melalui pertanian








CARA  MASUK SYURGA MELALUI PERTANIAN

Terdapat  empat langkah yang perlu dilalui oleh manusia untuk memasuki syurga melalui pertanian :

1. Kena beriman

2. Kena belajar ilmu Pertanian

3.Amal ilmu pertanian yang telah dipelajari

4. Niat ikhlas kerana Tuhan



Wednesday, 7 January 2015




TEKNOLOGI PENGELUARAN TANAMAN SECARA 


FERTIGASI


PENGENALAN

Pengurusan tanaman adalah aspek penting menjamin kejayaan pengeluaran tanaman secara fertigasi. Selain memerlukan pengetahuan , kemahiran amat diperlukan terutama kepada pelaksana projek.

Pengurusan tanaman meliputi semua kerja-kerja awalan seperti penyediaan media, semaian, mengubah keladang, melatih pertumbuhan tanaman, kawalan prosak dan penyakit, mengawasi sistem pengairan dan saliran, kebersihan ladang, mendiagnosis masaalah tanaman, pensterilan, pengagihan nutrien dan perkara berkaitan fisiologi tanaman.

DEFINASI:

uSuatu kaedah penanaman dimana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pangkal pokok tanaman ( Zon akar ) melalui sistem pengairan titis. Pokok ditanam dalam bekas atau polibag yang sesuai mengandungi media bukan tanah( soiless culture ). Kaedah ini merupakan altenatif terbaik mengatasi masaalah tanah( kesuburan atau jankitan penyakit dari tanah). 

uMedia tanaman tidak mengandungi nutrien yang seimbang atau mencukupi untuk keperluan pertumbuhan pokok. Oleh itu prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kualiti nutrien (keseimbangan, kepekatan, pH, jumlah ) mutu air dan imput yang dibekalkan.


KEBAIKAN FERTIGASI :

uPotensi hasil keluaran yang tinggi
uProduk yang seragam dan berkualiti
uPengeluaran yang seragam
uTiada masaalah rumput
uTiada masaalah penyakit oleh tanah

uMenanam sepanjang tahun
uKurang penggunaan tenaga buruh
uMeningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan yang tinggi
uProduk yang selamat
uBoleh ditanam tampa giliran tanaman
uPenggunaan air dan baja yang cekap

Tuesday, 6 January 2015

Pemangkasan tanaman cili adalah sangat penting diamalkan






Pemangkasan  Tanaman cili


  Untuk membentuk pokok kepada bentuk struktur rangka yang dikehendaki 

 Tanaman cili  perlu dipangkas pada peringkat awal lagi bagi
 membentuk dan mengawal ketinggian daripada menjadi terlalu tinggi supaya kerja-keja pengurusan dapat dijalankan dengan  baik.



  
Pemangkasan ini akan melibatkan cantasan bahagian pokok bagi   mengubah bentuk rimbun.  




Dahan-dahan kecil yang terlalu banyak dicantas bagi  memudahkan kerja penyelenggaraan seperti
 menyembur racun  dan memetik hasil.



Bentuk struktur rangka tanaman cili bentuk satu batang utama, bentuk terbuka tengah 



Friday, 2 January 2015

Rahsia pakaian bumi, Banjir adalah disebabkan bumi tiada berpakaian













RAHSIA  PAKAIAN BUMI


Tuhan yang maha Agung telah mencipta begitu rupa , susunan  bumi yang sangat indah ini. 

Gunung sebagai pasak atau tulang  bumi.
Dicelah-celahnya  ada  tempat aliran air lalu.
Dan terus ke sungai 
Akhirnya  mengalir ke laut.
Sang Matahari yang maha setia menarik air laut ke atas menjadi awan dan di tolak oleh kawan yang setia iaitu si angin ke gunung. Lalu  jatuh ke gunung. Begitulah sistem alam yang telah diTaqdir atau ditetap oleh Sang maha Pencipta Yag maha agung. Mulut kita ada misai untuk menyekat sesesuatu masuk ke dalam mulut. Begitulah Sungai, perlu ada penapis dan penghadang  bagi menghalang sesuatu masuk ke dalam sungai Ciptaannya. Rumput dan Aur (buluh)  sentiasa di tebing sungai bagi mengawal hakisan. Pokok kayu balak adalah untuk mengawal tanah di tepi sungai supaya tidak berlaku  pendedahan dan lapisan simen. di mana apabila hujan turun ia akan menyerap ke dalam tanah. Maka sungai menjadi jernih dan tidak berlumpur.

Kalau Sungai berlumpur maka lama kelamaan Sungai Cepat Tohor, dan mudah berlaku limpahan seperti yang berlaku sekarang.

Saudara-saudaraku semua , Insaflah. Alam tani moden ingin memaparkan hubungan alam dengan  Sang Pencipta. Jagalah alam ini supaya ianya sentiasa mesra dengan kita.