Panduan Penanaman Jagung
- Pilih kawasan yang berhampiran dengan
sumber air dan juga mudah dibuang air jika hujan berlebihan.
- Kawasan janganlah berhampiran dengan makhluk perosak seperti kera, lotong
atau beruk yang sukar untuk dikawal. Jika lembu atau kambing boleh dipagar.
- Jangan pilih kawasan yang bertanah liat atau berbatu. Seelok-eloknya tanah
bukit atau kebun atau sawah terbiar atau sawah yang ditanam padi semusim
sekali.
- Berhampiran dengan jalan bagi memudahkan untuk mengangkut keluar jagung.
Pemilihan Benih
- Jenis jagung yang hendak ditanam mestilah mendapat permintaan di pasaran.
Antara jenis yang popular ditanam ialah:
a. jagung manis (mas madu),
b. jagung taiwán (permintaan paling tinggi) – perlu racun selalu sebab ulat pun
suka hinggakan batang pun dimakan ulan sebab rasanya sangay manis,
c. jagung korea – kini ditanam oleh kebanyakan petani. Bijinya kecil sedikit
berbanding jagung lain.
d. Jagung hybrid 338 – benih yang terbaru dan dikatakan tongkolnya lebih besar
dan panjang sehasta (dari siku ke hujung jari).
Bantuan Jabatan
Pertanian
- Sebaiknya berurusanlah dengan Jabatan
Pertanian untuk mendapat khidmat nasihat dan juga bantuan seperti baja, racun
dan juga pembajakan (jika ada).
- Ataupun cuba cari pihak yang boleh memberi kredit dan membayar apabila hasil
sudah dapat dijual. Misalnya kedai yang boleh memberi baja, racun, dan juga
vitamin secara kredit.
Anggaran pulangan dan kos bagi kawasan seluas 1 ekar (1 relong setengah).
Sebelum nak menceburi dalam bidang tanaman jagung pastinya perlu tahu secara
kasar kos dan juga pulangan. Sebagai contoh diberikan kos dan pulangan bagi
tanaman jagung seluas satu ekar ( 1 relong setengah).
Bagi kawasan seluas satu ekar boleh ditanam sebanyak 16 ribu pokok jagung
dengan anggaran pengeluaran jagung Gred A sebanyak 10 ribu tongkol (purata
35sen setongkol), Gred B sebanyak 5 ribu tongkol (20sen setongkol) dan
selebihnya gred C. Jadi, anggaran kasar pendapatan ialah = RM4,500 untuk
semusim iaitu dalam masa 2 bulan setengah (65 – 70 hari).
Jagung Gred A = 10 ribu tongkol x harga borong (35sen) = RM3,500
Jagung Gred B = 5 ribu tongkol x harga borong (20sen) = RM1,000
Jagung Gred C = 1 ribu tongkol – tiada harga
Jumlah = RM4,500
Kos yang terlibat ialah:
Benih 3 beg x RM50 = RM150
Traktor = RM100 (membajak dan buat batas)
Baja = RM250 (baja campuran, tahi ayam, baja garam, vitamin)
Racun = RM150 (racun rumput, racun ulat)
Sewa tanah (jika ada) = RM150 (seekar)
Kos buruh = RM200 (jika perlu)
Jumlah kos = RM1,000
Ini adalah kiraan kasar sahaja sekiranya kos sewa tanah, kos buruh dan baja
dapat dijimatkan maka kos akan berkurangan. Sekiranya hujan berkurangan mungkin
perlu pam air dan ini akan meningkatkan kos juga.
Pendapatan untuk semusim ialah:
Pendapatan Kasar - Kos
Pendapatan Kasar = RM4,500
Kos = RM1,000
Pendapatan Bersih = RM3,500
Dalam setahun jika dibahagikan kepada setiap 3 bulan maka boleh ditanam jagung
4 kali/musim. Ertinya pendapatan bersih setahun ialah 4musim x RM3,500 =
RM15,000. Terdapat lagi pendapatan sampingan iaitu memproses batang jagung
menjadi makanan lembu/kambing (silaj). Akan dibincangkan kemudian.
Pada musim kedua kos traktor dapat dijimatkan kerana tidak perlu dibajak. Ini
adalah kerana batas yang sedia ada masih boleh digunakan.
Proses Kerja
- Terangkan kawasan dan racun rumput jika perlu.
- Membajak dan juga membuat batas menggunakan traktor.
- Menyemai benih jagung di dalam tray.
Ini adalah contoh tray yang digunakan untuk menyemai benih jagung ataupun
apa-apa tanaman yang sesuai.
Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji
benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray.
Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji
benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray.
Gunakan tanah hitam untuk semaian. Lepas disemai jangan disiram sebaliknya
tutup dengan plastik atau tikar untuk 2 malam ditempat yang berbumbung bagi
mengelak terkena hujan. Boleh ditindan antara try. Lepas dua hari pindahkan ke kawasan
lapang dan tidak berbumbung serta siram sedikit sahaja.
Anak jagung akan mula tumbuh pada hari ke tiga, siram setiap hari.
Apabila anak jagung berusia 5 hari, perlu racun rumput di batas yang telah
dibuat supaya bila jagung dipindahkan ke batas, rumput sudah tiada.
Bila anak jagung berusia 8 – 10 hari pindahkan ke batas tanaman.
Batas Jagung
- Lebar batas jagung lebih kurang 3 kaki dan ditanam 2 baris dalam satu batas.
Jarak antara baris ialah 1 kaki dan jarak antara pokok dalam barisan ialah 18 –
20 inci. Jarak antara pokok dengan tepi batas lebih kurang 6 inci.
Pembajaan awalan.
Selepas seminggu
anak jagung ditanam dibatas, perlu diberi baja awalan – iaitu kita meletak
beberapa biji baja ditepi perdu pokok jagung. Pastikan baja tersebut tidak kena
batang jagung kerana ia akan reput. Caranya buat lubang sedikit ditepi pokok
jagung dan masukkan baja ke dalam lubang tersebut.
Pembajaan seterusnya
1 – 2 minggu selepas pembajaan awalan
dan menampakkan pokok jagung sudah menghijau dan ketinggiannya hamper satu kaki
maka kita perlu berikan baja tambahan.
Kebiasaan yang dilakukan ialah campuran baja tahi ayam yang diproses, baja
campuran NPK (jika ada baja padi lagi
bagus), dan baja garam. Semua baja itu digaulkan dan diletakkan dalam lubang
ditengah-tengah pokok.
Korek lubang ditengah-tengah empat pokok (lihat kotak berwarna hijau dalam
gambar di atas. Kemudian masukkan 1 – 2 genggam baja ke dalam lubang kemudian
timbus.
Selepas selesai bubuh baja, pokok jagung perlu ditimbus perdunya untuk
menguatkan sokongan pokok supaya tidak tumbang ditiup angin. Tanah ditepi batas
dicangkul dan diletakkan ditepi perlu pokok.
Apabila pokok sudah berusia sebulan, baja tambahan mungkin perlu diberikan
seperti baja urea ataupun baja garam.(NPK)
Sekiranya pokok berkeadaan subur dan tembun maka baja tambahan tidak perlu
diberikan.
Pastikan kawasan jagung tidak ditakungi air kerana ini akan menyebabkan pokok
terbantut pertumbuhannya dan menjadi kuning.
Sekiranya kekurangan air (musim panas) dan sukar untuk mendapat air maka perlu
berusaha untuk dapatkan air. Sekurang-kurangnya jangan sampai daun bergulung
(maksudnya sudah kekeringan air). Jika ini berlaku akan menyebabkan pertumbuhan
terbantut.
Baja vitamin (cecair) boleh juga disembur pada pokok jika didapati pokok kurang
baja atau sekadar nak tambah kesuburan.
Jika tanam jagung jenis korea - pokok akan mengeluarkan tunas di bahagian perdu
dan itu tandanya pokok dalam keadaan subur. Tunas tersebut perlu dibuangkan.
Jika ada bela lembu boleh berikan tunas itu kepada lembu.
Meracun
Meracun hanya perlu dilakukan sekiranya terdapatnya ulat yang memakan daun atau
pucuk jagung. Mungkin seminggu sekali perlu meracun dan ianya bergantung kepada
tahap serangan ulat.
Penjagaan tongkol jagung
Apabila umur jagung sudah mamasuki 50 hari ke atas, pucuk jagung akan menjadi
bulat tandanya bunga jagung akan keluar. Selepas bunga jagung kembang maka
putik jagung juga akan mula mengembang dan menghulur keluar rerambut jagung.
Pada peringkat ini peracuñan adalah diperlukan untuk memastikan serangga
menyengat dan juga bertelur pada putik jagung. Ini adalah untuk memastikan
putik jagung tidak dimakan ulat apabila jagung mula berisi.
Dalam sepokok akan terdapat dua tongkol jagung dan kebiasaannya putik jagung yang
kedua dibuangkan kerana ia tidak berisi dan juga memberi kesan kepada
pembesaran jagung pertama. Jagung kedua ini boleh dijual sebagai jagung sayur.
Terdapat juga penanam jagung menyimpan kedua-dua tongkol tersebut.
Menuai hasil
Penuaian jagung bergantung kepada jenis jagung yang ditanam. Apabila
rerambut jagung sudah murah kehitaman atau gugur terus bererti jagung sudah
boleh dituai. Boleh juga jika koyak sedikit kulit jagung untuk lihat isinya di
mana jika sudah berwarna kuning pekat bererti ia sudah boleh dituai.
Jagung manis biasa – tempoh matang ialah sekitar 70 hari, jagung korea antara
65-70 hari.
Pemasaran
Jual sendiri atau jual kepada pemborong. Bagi memastikan jagung dapat
dipasarkan dengan segera maka seelok-eloknya perlu dicari pasaran terlebih awal
sebelum jagung dapat dituai. Kadang-kadang terdapat pemborong yang bersetuju
untuk membeli tetapi apabila tiba masa menuai ia tidak mahu membelinya pula.
Jadi eloklah jika mempunyai ramai pemborong bagi memastikan tiada risiko tidak
ada pembeli.
Penjagaan pokok jagung tidaklah begitu rumit dan yang pastinya tanah mestilah
sesuai dan subur. Hanya pada peringkat sebulan yang pertama sahaja terdapat
banyak kerja sedikit iaitu menanam, membaja, mengembur dan menimbun. Selepas
selesai proses menimbun maka hanya meracun sahaja.