CARA MELUPUS BEKAS INPUT PERTANIAN
1. PENDAHULUAN
Pelupusan bekas input pertanian merupakan satu aktiviti penting
dilakukan oleh semua petani dan pengguna racun tersebut.
Bekas ini merupakan satu bentuk kontena yang lazimnya dibuat daripada bahan plastik atau kaca yang
cantik dan ada yang agak menarik. Di
kawasan luarbandar, orang biasa sering menggunakan bekas ini sebagai bekas air
atau untuk kegunaan lain.
Sebenarnya bekas input
pertanain merupakan bahan buangan
terjadual di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bekas racun perosak yang
perlu dilupuskan di pusat pelupusan dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Bekas
racun adalah satu punca pencemaran dan boleh memudaratkan manusia, haiwan dan
organisma bukan sasaran.
Pelupusan bekas input
pertanian menggunakan sarung tangan
getah, goggle, kereta sorong, penutup hidung dan mulut ,air , pisau dan parang
, cangkul dan paip getah supaya bekas input pertanian dikumpul, dilupus
dengan menanam , membakar dan
dilakukan mengikut kaedah pelupusan yang ditetapkan dalam amalan
pertanian baik (APB).
2.
DEFINISI PELUPUSAN BEKAS INPUT PERTANIAN
Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari
milikan, kawalan, simpanan dan merekod mengikut kaedah yang ditetapkan.
Mengikut Garis Panduan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam Pertanian, definisi pelupusan bekas input Pertanian Ialah satu proses membilas bekas input pertanian yang kosong sebanyak tiga kali untuk menghapuskan segala kesan
bahan kimia. Kemudian bekas tersebut
dibuka penutup, dibocorkan dan dimenyekkan (dikemekkan) semua bekas yang telah
dibilas untuk menghalang penggunaan tanpa kebenaran atau jika boleh bekas
tersebut dipulangkan kepada pengilang atau pembekal.
3. TUJUAN DAN KEBAIKAN MELUPUSKAN BEKAS INPUT PERTANIAN
i.
Memastikan
jambatan kerajaan atau puhak swasta
tidak menyimpan aset yang tidak boleh diguna atau tidak diperlukan
ii.
Menjimat ruang
simpanan/pejabat
iii.
Mendapat
hasil pulangan yang terbaik
iv.
Menggelakkan pencemaran yang boleh memudaratkan manusia, haiwan dan
organisma bukan sasaran.
4.
FUNGSI
PELUPUSAN
Pelupusan bekas input pertanian ( bekas racun perosak)
dijalankan dengan teliti dengan panduan
khusus. Membilas bekas input pertanian
yang habis digunakan adalah cara paling baik untuk memudahkan bekas dibersihkan.
Bergantung kepada jenis bekas input pertanian digunakan, bekas boleh dibilas
dengan air bersih mengalir secara manual atau menggunakan mesin pembilas
bertekanan tinggi. Semasa membuat bilasan, pastikan kita memakai jenis pakaian
pelindung yang sesuai supaya tidak terkena percikan sisa racun yang dibilas.
Prosedur membilas mestilah sekurang-kurangnya 3 kali bilasan.
4.1
Justifikasi pelupusan :
i. Bekas
yang mengandungi input yang telah usang/obsolete .
ii. Bekas
yang mengandungi input yang telah rosak dan tidak boleh digunakan
iii. Bekas
yang mengandungi input yang telah luput tempoh penggunaan
iv. Bekas-bekas
racun perosak ( Racun serangga/racun rumpai).
v. Bekas/kampit baja
vi. Bekas-bekas
input yang tidak diperlukan lagi.
vii. Bekas
yang mengandungi input pertanian yang tidak digunakan lagi, disebabkan oleh
perubahan teknologi.
5. JENIS-
JENIS (CARA) PELUPUSAN BEKAS INPUT PERTANIAN
5.1 Jenis-jenis (cara ) pelupusan bekas input pertanian
adalah bergantung kepada jenis bekas .
Biasanya bekas input pertanian terdiri dari :
i. Bekas kaca
ii. Besi/ keluli/ aluminium
iii. Bekas plastik
iv. Bekas kertas
Terdapat
3 cara untuk melupuskan bekas input pertanian :
i.
Tanam dalam
tanah
ii.
Kitar Semula
iii.
Bakar (Tidak
digalakkan)
i.
Tanam dalam tanah
• Lubang mestilah kering
• Lubang ini mestilah
dalam: > ½ meter dari permukaan.
• Semua bekas mesti
dibilas 3X dan ditebuk
lubang/diremukkan, kecuali bagi bekas aerosol.
Jadual 1: Menunjukkan bahan aktif yang
terdapat dalam 1oz (28.3495 gram) cecair yang masih
tertinggal di
dalam bekas 20 liter selepas pembilasan.
ii.
Kitar Semula
• Bekas input pertanian boleh dihantar ke pusat pengumpulan, sekiranya ada
kemudahan kitar semula (recycle) seperti yang dijalankan dalam program mengurus bekas
racun perosak iaitu melalui proses 3
kali bilas seperti yang terdapat di Johor,
IADP Barat Laut Selangor dan di Cameron Highlands.
• Usaha untuk mengitar semula (recycle) bekas2 racun perosak perlulah
dimulakan sekarang. Hanya bekas-bekas yang telah di bilas sebanyak 3 kali saja boleh dihantar ke pusat pengumpulan di peringkat
kawasan sebelum di hantar ke kilang untuk dikitar semula. Rujuk gambar 2: Bekas
input pertanian yang dikumpul untuk dikitar semula.
iii. Bakar (
Cara ini tidak digalakkan)
• Bersih dahulu bekas dengan cara bilas 3X
• Api dinyalakan di dalam lubang yang terletak lebih 30 m jauh dari rumah
atau tempat orang ramai.
• Seorang pekerja perlu ada bagi memastikan pembakaran adalah sempurna
• Timbus dengan tanah
iv. Secara Insinerate
• Hanya terdapat satu pusat pelupusan bahan terjadual – Kualiti Alam di Bukit Nanas
• Memerlukan logistik
• Kos adalah mahal
Kesimpulan
• Aktiviti pelupusan racun perosak dan bekas yang
dikendalikan secara teratur perlu
dijadikan sebagai salah satu
agenda utama yang diperlukan dalam
menyempurnakan Amalan Pertanian Baik (GAP).