Pages

Friday, 11 April 2014






 SUNGKUPAN

1.1         Definisi dan pengertian sungkupan

§  Sungkupan ialah bahan yang digunakan untuk menutup permukaan tanah berhampiran pangkal tanaman.
§  Penyungkupan ialah satu proses menutup permukaan tanah dengan bahan-bahan tertentu dengan cara yang disyorkan.

1.2         Jenis-jenis sungkupan

Terdapat berbagai jenis sungkupan yang dipraktikkan dalam alam pertanian temasuk kaedah yang diamalkan secara tradisi ataupun moden. Antara jenis-jenis sungkupan ialah;

i.               Sungkupan batas
ii.             Sungkupan pangkal pokok
iii.            Sungkupan tebing
iv.           Sungkupan alas polibeg


Jenis-jenis bahan yang boleh dijadikan sungkupan ialah:

1.       Daripada tumbuhan

a)       Rumput-rumput kering
b)       Dedaun lalang
c)       Jerami padi
d)       Dedaun kayu
e)       Pelepah daun kelapa, sawit dan palma




2.      
Daripada bahan pembalut terpakai

a)       Guni
b)       Kertas
c)       Plastik
d)       Kain

3.       Kompos separa reput

4.       Jejaring semaian

5.       Plastik 'silvershine'





1.3         Tujuan sungkupan

Antara tujuan menyungkup permukaan tanah di sekeliling pangkal tanaman ialah :

i.               Mengawal pertumbuhan rumpai
ii.             Mengurangkan hakisan
iii.            Menggelakan bijibenih atau anak benih tanaman dan baja daripada dihanyutkan air.
iv.           Memelihara kelembapan tanah
v.             Merendahkan suhu tanah
vi.           Mengelakkan kepadatan tanah
vii.          Sungkupan dari bahan tanaman menjadi baja bila reput
viii.        Plastik 'silvershine' menghindar serangga perosak seperti kutu dan trips


No comments:

Post a Comment