Mengikut Prof Dr. Saifollah Abdullah dan Dr. Mohamad Rusop, Pensyarah dan penyelidik Nanoteknologi di UiTM Shah Alam , idea nanoteknologi
telah diutarakan lebih 50 tahun yang lalu oleh seorang ahli fizik, Richard
Feyman. Walau bagaimanapun idea ini telah mendapat perhatian semula pada awal
tahun 1991, dengan penemuan tiub karbon bersaiz nano oleh saintis dari Jepun,
Sumio Iijima. Nanoteknologi merupakan kajian dan pemfabrikasian peranti pada
skala nanometer iaitu satu per bilion meter pada ukuran panjang. Nanoteknologi
dijangka digunakan secara meluas menjelang 2015. Berbagai industri akan
mendapat manfaat dari nanoteknologi misalnya farmaseutikal, teknologi maklumat
dan komuniasi (ICT), elektronik dan tidak terkecuali bidang pertanian. Malaysia
sebagai sebuah negara yang sedang rancak mempergiatkan bidang penyelidikan dan
pembangunan (R&D) mestilah memanfaatkan bidang nanoteknologi ini. Bagi
sebuah negara yang ingin menjadi cemerlang dan gemilang ia tidak harus
ketinggalan dalam membangunkan infrastruktur penyelidikan dalam bidang
nanoteknologi dan memberi perhatian khusus setanding dengan negara-negara lain.
Malaysia yang kini sedang memberi tumpuan dalam bidang pertanian dan industri
asas tani dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mestilah memanfaatkan
teknologi ini. Nanoteknologi dijangka banyak memberi manfaat dalam bidang ini
meliputi bidang penanaman dengan penghasilan baja dan zat penggalak, sistem
kawalan menggunakan nanoteknologi, keselamatan makanan, sistem kawalan
penyakit, kawalan alam sekitar dan lain-lain.
Sebagai contoh Buah kiwi boleh tahan
selama 8 bulan apabila disimpan di dalam suhu 11 darjah Celsius dan di bekalkan
dengan air yang bersaiz nano.Sumber : http://www.majalahsains.com/2010/01/nanoteknologi-mampu-tingkatkan-hasil-pertanian/
No comments:
Post a Comment