MAKLUMAT ASAS
DALAM PENANAMAN
SECARA FERTIGASI
1.0 STRUKTUR
PELINDUNG TANAMAN
1.1 Pendahuluan
·
Pengeluaran
tanaman di ladang terbuka dataran rendah menghadapi risiko tinggi akibat
kerosakan tegasan suhu yang tinggi, sinaran matahari yang ekstrim, timpaan hujan
lebat, tiupan angin kencang, serangan penyakit dan serangga perosak.
·
Dilaporkan
kerosakan akibat serangan penyakit dan serangga perosak di ladang terbuka boleh
mencapai 100 %.
·
Masalah
ini boleh diatasi dengan menggunakan teknologi Struktur Pelindung Tanaman (Gambar 1) yang dilengkapi dengan sistem
fertigasi.
·
Teknologi
ini dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi dengan kualiti yang lebih baik
di sepanjang tahun dengan kos pengeluaran yang rendah.
·
Asasnya,
Struktur Pelindung Tanaman dalam manual ini mempunyai kerangka besi galvani,
atap polietilina lutsinar dan dinding jaring kalis serangga yang lutsinar.
·
Telah
dipersetujui oleh Kementerian Pertanian Malaysia
bahawa hanya model struktur fertigasi nasional sahaja yang akan diguna-pakai
dalam semua aktiviti pengeluaran sayur-sayuran jenis buah yang melibatkan
pembiayaan Bank Pertanian Malaysia.
1.2 Ciri-ciri Rekabentuk
·
Saiz
Struktur Pelindung Tanaman model nasional ialah 6 m lebar, 33 m panjang dan 2.4
m tinggi di kedua-dua sisi.
·
Kawasan
tanah seluas sehektar disyorkan hanya memuatkan sebanyak 24 unit Struktur
Pelindung Tanaman model nasional. Ruang
selebihnya digunakan untuk pembinaan jalan, peparitan dan infrastruktur lain.
·
Pelan
teknikal terperinci Struktur Pelindung Tanaman ini boleh diperolehi dengan
menghubungi pihak MARDI.
GAMBAR
1: PANDANGAN Struktur PELINDUNG
TANAMAN
1.3 Penyelenggaraan
·
Struktur
Pelindung Tanaman perlu diselenggara semasa beroperasi. Atap plastik dan jaring polietelina perlu
dicuci setiap enam bulan sekali dengan cermat menggunakan air sabun dan
penggosok lembut untuk menghilangkan lekatan debu dan lumut. Plastik atau
jaring yang koyak perlu ditampal.
2.0 SISTEM
FERTIGASI
·
Sistem
fertigasi adalah satu sistem pengurusan air dan baja yang dijalankan serentak
·
Sistem
fertigasi dijadualkan untuk mengagihkan larutan baja (pada kepekatan rendah)
beberapa kali sehari (mengikut keperluan) kepada setiap pokok.
·
Tujuan
utama sistem ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan baja. Pengagihan secara otomatik menggunakan
pengatur-masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenalpasti
dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.
·
Sistem fertigasi direkabentuk mengikut keperluan
amalan fisiologi dan agronomi tanaman khusus untuk sayur-sayuran jenis buah.
·
Pam air boleh tenggelam (submersible pump) yang
diperbuat daripada polietelina dan keluli tahan karat digunakan untuk mengepam
larutan baja dari tangki larutan baja.
·
Untuk penjimatan masa, kos dan meningkatkan
kualiti sistem ini komponen-komponen sistem fertigasi disediakan dan dipasang
di dalam bengkel kejuruteraan. Komponen yang telah difabrikasi dibawat ke tapak
binaan untuk dipasang secara pasang siap.
3.0 KAEDAH PENANAMAN SECARA FERTIGASI
- Fertigasi di sini merujuk kepada
sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soilless culture
production system).
- Umumnya hanya sayur-sayuran jenis
buah sahaja seperti tomato, cili merah, capsicum, timun, melon, zukini,
terung dan strawberry yang sesuai lagi ekonomikal menggunakan kaedah ini.
- Tujuan penanaman secara fertigasi
ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar
seperti penyakit Pythium, Fusarium,
Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria yang kebanyakannya adalah
jenis-jenis penyakit bawaan tanah.
Penyakit lain yang dianggap merbahaya ialah penyakit hawar pucuk
dan Antraknos pada tanaman cili.
- Bagi membolehkan kaedah ini
dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman,
yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Tanaman (SPT).
- Pelbagai bentuk SPT yang dibina
daripada pelbagai bahan terdapat di Malaysia. Walau bagaimanapun, bakal-bakal pengamal
penanaman secara fertigasi digalakkan mengguna-pakai model struktur fertigasi nasional
yang diperakui oleh Kementerian Pertanian.
- Atap SPT hendaklah diperbuat
daripada bahan yang lutsinar supaya cahaya matahari dapat diterimaguna
oleh tanaman.
- Tanpa SPT pengawalan perosak
tanaman secara kimia tidak akan berkesan disebabkan hujan yang turun akan
mencuci racun-racun yang diberikan.
Semburan ulangan dan penambahan dos semburan akan meningkatkan
kos. Percikan air akibat hujan yang
menimpa daun juga memudahkan jangkitan kepada pokok-pokok lain.
- Selain melindungi tanaman
daripada dijangkiti penyakit SPT juga dapat mengelakkan larutan baja yang
diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair kerana terkena hujan
menyebabkan pemberian baja tidak berkesan.
Akibatnya pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.
·
Walau bagaimanapun
SPT yang dilengkapi dengan dinding jaring kalis serangga tidak dapat menjamin
tanaman bebas dari diserang atau dijangkiti penyakit virus. Ini disebabkan dinding jaring walaupun
menggunakan saiz 32 mesh masih tidak dapat menyekat kemasukan hamama merah,kutu
trip atau lalat putih (pembawa virus) kerana mereka ini sifatnya kecil.
·
Makhluk-makhluk
perosak ini bukan sahaja boleh masuk melalui lubang-lubang jaring bahkan ianya
boleh juga masuk dengan melekat kepada pakaian atau anggota pekerja yang keluar
masuk SPT.
4.0
MEDIUM TANAMAN
·
Medium tanaman ialah sebarang bahan samada organan atau bukan organan
yang boleh digunakan sebagai tempat untuk akar berpegang disamping membantu
pertumbesaran pokok.
·
Medium tanaman yang
paling banyak digunakan ialah ‘coconut
coir dust’
yang dikenali dengan
panggilan ‘coco peat’
atau habuk sabut kelapa.
·
‘Coco peat’ adalah murah dan mudah dibeli jika dibandingkan dengan
media
tanaman komersil lain seperti ‘perlite’,
‘vermiculite’ dan ‘maidenwell diatomite’.
·
Media tanpa tanah
lain yang boleh digunakan ialah seperti pasir sungai / lombong atau batu
kerikil granit (bukan batu kapur kerana kandungan kalsiumnya tinggi).
·
‘Coco peat’ boleh diperolehi melalui beberapa Pertubuhan Peladang
Kawasan seperti PPK Gombak / Petaling, Sungai Pelong, Selangor; PPK Hutan
Melintang, Teluk Intan, Perak; PPK
Bentong, Pahang dan PPN Terengganu.
5.0 KOMPONEN DALAM SISTEM FERTIGASI
- Fertigasi dapat dilaksanakan
dengan bantuan alat-alat seperti penitis,
paip pembahagi, paip utama dan tangki larutan (Lihat Gambarajah
1, 2, 3 dan 4).
Gambarajah 1 :
KOMPONEN UTAMA SISTEM FERTIGASI
1 Penitis
(dripper / emitter)
- Penitis adalah alat yang dipasang
di hujung tiub spageti di mana larutan baja keluar ke pangkal tanaman.
- Penitis disambungkan ke paip
pembahagi (lateral lines) menggunakan tiub kecil dipanggil tiub spageti
dan penyambung (adaptor). Tiub
spageti ini biasanya bergarispusat 5 mm dan panjangnya stengah meter.
- Penitis yang baik ialah dari
jenis dwi fungsi iaitu sebagai penitis dan juga sebagai pengatur
(regulator). Penyelenggaraan
penitis jenis ini lebih mudah.
Kerana ianya mudah untuk di cabut dan dibersihkan apabila
tersumbat.
5.2
Paip pembahagi (lateral lines)
- Paip pembahagi dipasang samada
satu paip polietelina bagi setiap baris tanaman seperti tanaman cili atau
satu paip polietelina bagi setiap dua baris tanaman seperti tanaman
tomato, melon dan timun.
- Sebaiknya ia dipasang mendatar
terutama bagi kaedah graviti atau penggunaan pam yang kecil tekanannya.
- Saiz paip pembahagi (polypipe
HDPE) yang biasa digunakan bergarispusat 13 mm. Paip bergarispusat 16 mm digunakan pada
batas-batas tanaman yang panjangnya melebihi 50 m.
- Penggunaan paip pembahagi yang
berwarna putih sangat-sangat digalakkan.
5.3 Paip primer (main line)
·
Paip
utama biasanya bergarispusat antara 32 mm hingga 40 mm.
5.4 Paip sekunder (secondary line)
·
Paip
sekunder biasanya juga bergarispusat antara 32 mm hingga 40 mm bergantung
kepada bilangan paip pembahagi dan bilangan pokok yang perlu diairbajai.
5.5 Tangki larutan baja
- Tangki larutan berfungsi untuk
menakung larutan baja, pusat menyukat kepekatan, merawat, menapis dan
mengatur sukatan dan masa pemberian larutan baja.
- Di sekitar tangki inilah
terletaknya pam, penyukat tekanan, penapis, penyukat kepekatan dan
keasidan baja dan pengatur masa.
- Pengaliran larutan baja dari
tangki larutan baja boleh dilakukan
samada menggunakan pam atau secara tarikan graviti.
- Kaedah tolakan graviti biasanya
dilakukan di kawasan yang tiada bekalan tenaga elektrik atau terdapat
tanah tinggi yang berhampiran dengan ladang seperti yang diamalkan di Cameron Highlands.
5.6 Penapis
(filter)
- Penapis perlu dibersihkan sekerap
mungkin agar kerja-kerja penapisan berkesan.
- Biasanya penapis dipasang selepas
pam air.
- Air yang digunakan untuk
fertigasi perlu bersih dan suci dari sebarang patogen untuk mengelakkan
penitis tersumbat dan tanaman dijangkiti penyakit.
5.7
Alat pengatur masa (Timer)
- Alat pengatur masa digunakan
untuk memastikan pemberian larutan baja dilakukan pada masa, kekerapan dan
kuantiti yang telah ditetapkan.
- Kuantiti larutan baja yang
diberikan juga bergantung pada tempoh masa penitisan
- Kuasa pam (tekanan) juga mempengaruhi
tempoh masa penitisan.
6.0 KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM FERTIGASI
6.1 Kebaikan
- Kaedah fertigasi boleh
mengurangkan kos operasi, dan inilah sebab utama ia diminati
- Penggunaan sistem fertigasi
secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan
cara-cara lain.
- Penggunaan alat pengatur masa
otomatik menjamin keberkesanannya.
- Kekerapan pemberian larutan baja
pada kadar yang perlahan dapat memastikan bahawa perbezaan lembapan tanah
antara kering dan basah tidak terlalu besar.
- Memandangkan kadar penitisan yang
perlahan, saiz paip utama dan paip pembahagi adalah kecil oleh itu kos
pembeliannya lebih murah.
6.2 Kekurangan
- Saiz lubang tempat keluarnya
larutan baja dari penitis adalah kecil, ia mudah tersumbat akibat timbunan
garam-garam galian yang terjadi akibat proses penyejatan larutan baja di
antara dua penitisan.
- Timbunan garam-garam galian akan
berlaku dalam medium tanaman.di tanah rendah tropika. Kejadian ini berlaku sedikit demi
sedikit disebabkan berlakunya proses evapotranspirasi. yang
berlebihan akibat cuaca terlalu panas
Timbunan garam-garam ini akan terus berlaku sehingga medium tanaman
menjadi terlalu bergaram (tinggi salinitinya) dan boleh menyebabkan pokok
mati akibat berlaku proses deplamolisis
7.0 KEPERLUAN OPERASI
- Kadar penitisan mestilah kerap
dengan tempoh yang pendek. Tempoh
masa pemberian mestilah bertepatan dengan keperluan pokok.
- Jangan memberikan terlalu banyak
larutan baja bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan seterusnya dapat
mengurangkan kos pengeluaran.
- Penapis mestilah dibersihkan
selalu mengikut jadual (mungkin sekali seminggu atau sekali dalam dua
minggu bergantung kepada kualiti air) untuk memastikan sistem fertigasi
berfungsi dengan sempurna.
- Sebulan sekali klip di hujung
paip pembahagi dibuka untuk mencuci dan membilas keluar mendapan
garam-garam galian dan bendasing yang ada dalam paip tersebut.
- Alat penitis mestilah diperiksa
dan dibersihkan setiap minggu untuk mendapatkan pengaliran larutan baja
yang betul.
- Kekerapan penitisan ditambah
mengikut pertumbuhan pokok bagi memastikan pokok yang makin membesar
mendapat larutan baja yang mencukupi.
8.0 PEMILIHAN VARIETI
- Varieti adalah komponen penting untuk mendapatkan
hasil yang tinggi, tetapi tidak semestinya dapat menyelesaikan semua
masalah yang dihadapi petani.
- Petani perlu memastikan varieti yang paling sesuai
untuk digunakan. Varieti mempunyai
tindakbalas yang khusus kepada alam persekitaran seperti suhu, kelembapan
angin dan tahap pengurusan. Terdapat
varieti yang sangat peka dan ada yang stabil kepada perubahan
persekitaran.
- Pengetahuan terhadap cirri-ciri varieti yang terkini
adalah amat penting untuk pemilihan yang tepat.
- Gunakan varieti yang telah disyorkan sahaja. Antara
varieti yang disyorkan mengikut jenis tanaman adalah seperti berikut:-
Jenis tanaman varieti
yang disyorkan
·
Tomato Al boran, Baccarat
322, Gin Yuen Bao,
Batu 163
(Semua
benih di atas boleh dibeli di Chop Eng Huat Seed, Brinchang, Cameron Highlands,
Pahang)
·
Cili DRH
911 (DeRuiter Seed Co. Holland)
Hot Chilli (Known You Seed Co. Taiwan).
Hybrid Red Star (Hot Chilli) Ringlet.
Kulai (MARDI Serdang).
Kulai Susu (Leckat Seed Co.)
·
Melon
Wangi Golden Langkawi,
Gold Champ, Gordess
Glamour,
Roze, Emerald Jewels
9.0
PENYEDIAAN BIJI BENIH
·
Gunakan
biji benih yang tulin dan berkualiti.
·
Pastikan
biji benih yang digunakan bebas daripada sebarang penyakit dan
tiada
kesan serangan serangga.
·
Gunakan
benih yang peratus percambahannya tidak kurang daripada 90%. Ujian percambahan
perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan lama dalam stok.
Apabila percambahannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, ianya perlu diganti dengan benih baru.
·
Dalam
keadaan tertentu rawatan biji benih perlu dibuat.
10.0
MENYEDIAKAN ANAK BENIH
- Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak
benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50 %
kejayaan.
- ‘Peat moss’ adalah medium yang paling baik untuk
dijadikan medium percambahan.
- Dengan menggunakan biji benih yang diperolehi dari
sumber atau pembekal yang boleh dipercayai ‘peat moss’ pasti dapat
memberikan pertumbuhan anak benih yang baik.
- Dulang semaian samada dari jenis plastik hitam (Gambar 2) atau polisterin plug
boleh digunakan. Anak benih mudah
dikeluarkan tanpa menjejaskan akar pokok.
- Dulang semaian diisi dengan ‘peat moss’. Pastikan ianya tidak terlalu padat atau
terlalu longgar. Buatkan lubang
dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 sm.
- Masukkan biji benih yang telah dirawat dengan thiram
atau captan ke dalam lubang-lubang ini.
Satu biji benih bagi setiap satu plug.
- Siram biji-biji benih ini dengan air bersih
menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah
dan boleh cambah.
- Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus terlalu
padat.
- Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik
hitam dan diletakkan di bawah teduhan.
- Biarkan beberapa hari untuk biji-biji benih
bercambah. Biasanya 4 – 6 hari di
tanah rendah bagi tomato dan cili) untuk biji-benih. Tanaman melon wangi hanya memerlukan 2
hari sahaja untuk biji bercambah.
- Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan dedahkan
dulang semaian kepada cahaya matahari di dalam takung pembesaran di rumah
semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap dan tidak kurus.
- Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan
NFT di mana larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32
watts).
- Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan
EC = 1.6 µS
dan
di tingkatkan kepekatannya seminggu kemudian sehingga
EC
= 2.5 µS.
·
Dalam
tempoh 2 minggu anak-anak benih ini telah sedia untuk diubah ke beg-beg
tanaman.
11.0 MEMBUAT LARUTAN STOK
·
Empat
belas jenis unsur dalam bentuk sebatian {Nitrogen, .Fosforan, Kaliam, Kalsiam,
Sulfan, Magnesiam, Mangan, Feram (zat besi), Kuperam, Zink, Boron, Ammonium,
Molibdenum dan Naterium} diperlukan sebagai asas bagi rnendapatkan satu
formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik. (Unsur lain
seperti Oksigen, Hidrogen dan Karban diperolehi daripada udara)
·
Unsur-unsur
dalam bentuk sebatian ini mestilah betul-betul larut dalam air agar mudah
diagihkan kesetiap pokok dengan seragam.
·
Formulasi
baja adalah berbeza mengikut jenis tanaman.
·
Larutan
stok disediakan dengan kepekatan 100 x ganda dari yang diperlukan oleh
pokok. Boleh juga disediakan dalam
kepekatan 200 x ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan
stok.
·
Kalsium
nitrat {Ca(N03)2} mestilah disediakan secara
berasingan dari sebatian yang mengandungi PO4 dan S04
untuk mengelak berlakunya tindakbalas kimia dan terjadinya pemendakan. Biasanya larutan Ca(N03)2 dan
zat Fe disatukan dan disediakan berasingan dari 9 sebatian lain.
·
Larutan
stok ini {Ca(N03)2 dan zat Fe} dilabelkan dengan LARUTAN
“A” manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3 KH2PO4,
MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnPO4,
Ammoniam Molibdat atau Nateriam Molibdat dilabelkan dengan LARUTAN “B”.
·
Perlu
diingat bahawa semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh
dicampurkan serentak. Larutan stok
hendaklah dituangkan satu persatu bagi mengelakkan berlaku sebarang tindakbalas
kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut..
12.0 PENYEDIAAN BEG TANAMAN
·
Ukuran
beg plastik yang biasa digunakan ialah 45 sm panjang dan 15 sm lebar untuk
tanaman tomato dan melon.
·
Sebaiknya
plastik putih digunakan bagi mengurangkan peningkatan suhu di dalam
‘coco-peat’.
·
Beg-beg
tanaman ini setelah diisi ‘coco peat’, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya)
dan disusun baring membentuk bantal-bantal kecil (Lihat Gambar 3).
·
Untuk
memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun),
gunakan satu bantal untuk satu pokok.
·
Disyorkan
‘coco peat’ dibasah dan ditoskan dahulu sebelum dimasukkan kedalam
bantal-bantal plastic untuk mengelakkan masalah hidung atau mata berair.
·
2
– 2.5 kilogram ‘coco peat’ lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman.
·
3
– 4 lubang-lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan
bantal-bantal tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5 sm – 5 sm dari
aras tanah. Kerja ini dilakukan pada
hari atau sehari selepas menanam.
13.0 MENANAM
- Anak benih yang berumur 10 hari selepas cambah sedia
untuk diubah ke atas bantal-bantal berisi ‘coco-peat’.
- Pada peringkat ini ketinggian pokok di antara 10 –
12 sm.
- Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi
tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok.
- Bantal-bantal ditebuk samada berbentuk tingkap atau
bentuk X. Lihat Gambarajah 5 di bawah.
- Anak benih bersama plug ‘peat moss’ dimasukkan ke
dalam lubang yang dikorek pada bantal-bantal tanaman.
·
Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau
melilit ke atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok.
·
Dawai penggantung ini biasanya direntang kemas
samada memanjang atau melintangi Strruktur Pelindung Tanaman mengikut
pergerakan matahari. Dawai ini mestilah
cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan pengudaraan yang baik.
·
Pastikan bahawa sistem pengairan titis
berfungsi. Penitis dicucukkan ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru
ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan.
·
Pemeriksaan sentiasa dilakukan ke atas setiap
pokok untuk memastikan kesemuanya menerima titisan larutan baja.
14.0 PENGURUSAN
SISTEM PENGAIRAN
·
Pembekalan
larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat
pengatur masa.
·
Kekerapan
dan tempoh masa setiap penitisan bengantung kepada jenis tanaman dan peringkat
umur tanaman.
·
Pada
amnya tanaman dan melon wangi yang mempunyai daun yang lebar, memerlukan
kekerapan penitisan yang lebih jika dibandingkan dengan tanaman tomato atau
cili.
·
Tempoh
masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan
baja.
·
Dalam
tempoh penitisan yang panjang jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi
kemampuan bagi ‘coco-peat’ untuk menyerap dan menyimpannya.
·
Penitisan
selama lebih kurang 5 - 6 minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah
memadai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini tiap-tiap pokok menerima
lebih kurang 100 – 150 ml. larutan baja.
·
Sistem
pengairan titis memang mudah tensumbat akibat timbunan garam galian dan juga
lumut.
·
Adalah
penting untuk memeriksa pokok setiap hari untuk mengesan mana-mana penitis yang
tersumbat.
·
Pemeriksaan
yang efektif boleh dilakukan antara jam 10.00 hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu
lewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang telah layu akibat tidak mendapat
larutan baja.
·
Apabila
penitis tersumbat pokok akan layu, biasanya bermula dari daun muda atau
pucuk. Cabut penitis dari tiub spageti
dan bersihkan.
·
Penggunaan
penapis lazimnya boleh mengurangkan masalah ini. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa
penapis mestilah sentiasa dibersihkan dari semasa ke semasa untuk menjamin
keberkesanannya.
·
Kejadian
penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman sering berlaku di kawasan
tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan kejadian ini medium tanaman disyorkan supaya dibilas
dengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja
dilakukan.
15.0 MEMBUAT CANTASAN
15.1 Membuang tunas air
·
Tunas
air yang dikeluarkan oleh semua pokok dikotilidon (jenis berdaun lebar).tidak
diperlukan. Tunas air akan terus tumbuh
dari celah daun (antara batang pokok dengan tangkai daun).
·
Membuang
tunas air perlu dilakukan untuk semua pokok sayuran jenis buah yang ditanam
secara tanpa tanah termasuk tomato, melon wangi, cili, capsicum dan timun.
·
Kerja-kerja
membuang tunas air merupakan kerja harian yang mesti dilakukan untuk
mendapatkan satu batang utama (single main stem).
·
Dengan
mengekalkan satu batang utama jangka hayat ekonomi tanaman dapat dipanjangkan
dan menjamin buah yang lebih besar dan sekata.
·
Tanaman
tomato jenis ‘indeterminate’ di kawasan tanah rendah tropika
boleh tumbuh memanjang melebihi 6 m dan mampu mengeluarkan hasil walaupun
mungkin tidak ekonomik.
·
Kerja-kerja
membuang tunas air perlu dilakukan seawal mungkin, bahkan dari peringkat
pembesaran di tapak semaian lagi.
15.2
Membuang daun tua
·
Daun-daun
tua perlu dibuang kerana tidak berupaya lagi untuk membantu membuat makanan
(terutamanya yang terlindung dari mendapat cahaya matahari).
·
Daun-daun
tua juga kebanyakannya berpenyakit. Pembuangan daun-daun tua biasanya dilakukan
selepas mengutip hasil.
16.0 MEMBENTUK POKOK
16.1
Melentur
·
Hanya
perlu dilakukan kepada tanaman tomato jenis ‘indeterminate’
·
Tomato
jenis ini terbukti boleh memberikan hasil tuaian yang tinggi bagi setiap pokok
kerana potensi jangka hayat ekonominya lebih panjang dan penuaian buah yang
berterusan dapat dilakukan.
·
Pokok-pokok
tomato yang tidak dilentur akan tumbuh memanjang tanpa tanpa haluan. Keadaan ini akan menyukarkan kerja-kerja
pengurusan yang lain seperti membuang tunas air dan mengutip buah.
·
Amalan
yang biasa dilakukan oleh pengusaha ialah dengan melentur pokok-pokok tomato ke
sisi samada ke kanan atau ke kiri susunan batas.
·
Pokok-pokok
yang disebelahnya turut dilentur mengikut arah yang sama. Cara melentur yang
mudah dan tidak menjejaskan pokok (yang memungkinkan ianya patah) ialah dengan
melakukannya seawal mungkin.
·
Ianya
dilakukan dengan mengendurkan tali lanjaran dan menganjakkan dawai penyangkut
ke sisi dalam ukuran jarak 40 sm.
·
Pergerakan
melentur dilakukan secara bergerak ke belakang (mengundur).
16.2
Melilit pokok mengikut tali lanjaran.
·
Kerja
melilitkan pucuk pokok mesti dilakukan bagi memastikan pokok-pokok tanaman kita
terus tumbuh ke atas.
·
Sekiranya
tidak dilakukan terutamanya tanaman tomato, pucuk batang utamanya akan
memanjang kesisi dan mungkin akan patah.
·
Manakala
bagi pokok-pokok melon wangi dan timun, pucuk pokok akan mengganggu pokok-pokok
di sebelahnya dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan yang lain seperti mengutip
buah dan membuang tunas air.
·
Kerja-kerja
melilit pokok biasanya dilakukan serentak dengan kerja-kerja membuang tunas air.
17.0 MEMBANTU PENDEBUNGAAN
·
Bagi
tanaman tomato dan cili pada teorinya menjalani pendebungaan sendiri. Tetapi apabila ditanam di dalam Struktur
Pelindung Tanaman lebih-lebih lagi yang dipasang dengan jaring kalis serangga
kedapatan banyak putik-putik buah yang gugur dibawah pokok. Keguguran telah dikenalpasti kebanyakannya
disebabkan tidak berlaku proses pendebungaan.
·
Di
Negara Eropah, ‘bumble bee’ dipelihara untuk membantu
pendebungaan semua pokok jenis buah yang ditanam dalam rumah kaca.
·
Walau
bagaimanapun proses pendebungaan boleh juga dibantu secara manual dengan
menjentik-jentik atau membuat gegaran kepada tangkai-tangkai bunga antara jam
11.00 pagi hingga 2.00 petang setiap hari.
·
Walaupun
kaedah ini telalu banyak menggunakan masa tetapi hasilnya lebih terjamin. Alat
penggetar bunga (flower vibrator) telah digunakan secara meluas
di barat sebelum penggunaan ‘bumble bee’ diketahui.
·
Pemeliharaan
kelulut di dalam rumah pelindung tanaman berdinding kalis serangga telah
berjaya meningkatkan bilangan buah cili di MARDI Langkawi. Tetapi kelulut
tersebut tidak dapat hidup lama.
·
Memelihara
lebah Aphis cerana kedalam Struktur Pelindung Tanaman berdinding
jaring kalis serangga hanya akan membunuh lebah-lebah tersebut. Mereka gagal
pulang ke sarang kerana pancaran matahari pecah (disperse) apabila terkena
bumbung plastic SPH.
·
Pendebungaan
berbantu menggunakan membawa bunga jantan kepada bunga betina (menggeselkan
stamen ke atas stigma) boleh meningkatkan hasil buah melon.
18.0 MENGUTIP BUAH
·
Pada kebiasaannya pokok-pokok tomato dan cili
yang ditanam secara fertigasi tanpa menggunakan tanah akan mula dikutip
hasilnya dalam lingkungan 70 – 80 hari setelah disemai.
·
Buah-buah tomato yang dipetik mestilah mempunya
tangkai buah dan sepal. Tujuannya adalah
untuk membezakan tomato yang ditanam tanpa tanah dengan tomato yang ditanam
secara biasa di lading..
·
Memetik buah dilakukan dengan memegang buah di
antara ibu jari dan jari hantu, manakala jari telunjuk pula menekan tangkai
buah pada garisan tanggal (‘senescent line’) ke bawah. Pada garisan tanggal ini buah-buah tomato
akan mudah diasingkan dari ‘truss’ nya.
Buah-buah yang dipetik secara ini akan kelihatan lebih menarik.
·
Bagi tanaman melon, buah dipetik apabila daun pengasuh
(flag leaf) pada tangkai buah telah kering dan diikuti dengan adanya
tanda-tanda retak (garisan retak) mengelilingi pangkal buah.
·
Semua hasil tanaman perlu dibuat penggredan
mengikut saiz. Jika dicampur-adukkan
boleh menyebabkan harga pasarannya akan turun.
19.0 PERBANDINGAN ANTARA FERTIGASI (TANPA TANAH) DAN
PENANAMAN SECARA
KONVENSIONAL DI ATAS TANAH
|
PENANAMAN
SECARA FERTIGASI tanpa tanah
|
PENANAMAN
SECARA KONVENSIONAL (Tanah)
|
Jenis
tanaman
|
Lebih
sesuai untuk tanaman jenis buah
|
Semua
jenis tanaman
|
Struktur
pelindung
tanaman
|
Pra-syarat
yang mesti ada
|
Boleh
dijalankan tanpa struktur pelindung tanaman
|
Dinding
jaring kalis serangga
|
Boleh
ada atau tiada
|
Tiada
|
Sistem
pengairan
|
Titis
dan berbaja (Fertigasi)
|
Sebarang
jenis sistem pengairan
|
Media
tanaman
|
Coco peat, pasir campuran coco
peat dengan sekam bakar, perlite, peat moss, vermiculite dll.
|
Tanah
|
Varieti
tanaman
i.
Tomato
ii.
Cili
iii.
Melon
|
-
Jenis indeterminate
-
Jenis hybrid
-
Melon wangi
|
-
Indeterminate & determinate
-
Sebarang jenis cili
-
Sebarang jenis melon
|
Air
|
Perlukan
air bersih (paip, air bawah tanah atau air sungai yang bersih)
|
Tidak
memrerlukan air yang bersih untuk pengairan.
|
Tenaga
letrik
|
Sebaiknya
ada
|
Tidak
perlu
|
Modal
|
Tinggi
|
Rendah
|
Pengetahuan
teknikal
|
Sangat
diperlukan terutamanya dalam pengurusan tanaman dan pengairbajaan
|
Tidak
memerlukan pengetahuan yang terlalu teknikal
|
Tapak
tanah
|
Mesti
rata
|
Tidak
semestinya rata
|
Kesuburan
tanah
|
Tidak
menjadi syarat
|
Tanah
yang subur untuk mengurangkan kos pengurusan dan penyediaan tanah.
|
Kos operasi
|
Rendah
|
Tinggi
kerana melibatkan kos
i.
Meracun
rumput
ii.
Membajak
iii.
Membuat
batas
iv. Merumput
iv. Membaja (manual)
|
Risiko
·
Serangan
serangga perosak
·
Penyakit
·
Kekeringan
|
·
Rendah
(berjaring kalis serangga)
·
Rendah
·
Sederhana
(putus bekalan, lalai atau berlaku kebocoran
ke atas sistem pengairan)
|
·
Tinggi
·
Tinggi
di musim hujan
·
Rendah
(akar pokok boleh mendapat air dari tanah atau air hujan.
|
Tenaga
buruh
|
Bermusim
-
tinggi terutama di waktu
menanam dan mengutip
hasil)- boleh dikontrakkan
|
Sentiasa
tinggi
|
Kesan
akibat mengubah anak pokok
|
Kurang
terencat – cepat pulih
kerana sistem pengairan
yang lebih efisien
|
Terencat
lebih lama sebelum
pulih
|
Keseragaman
pokok
|
Lebih
seragam (menerima
jumlah larutan baja yang
sama)
|
Tidak
seragam kerana
dipengaruhi oleh kesuburan
tanah yang berbeza-beza
|
Potensi
hasil
-
Setiap pokok
-
Setahun
-
Seunit luas
|
-
Lebih tinggi
-
Lebih tinggi (lebih pusingan
setahun)
-
Lebih tinggi
- Kepadatan pokok lebih
tinggi (kecuali cili merah)
- Bilangan yang mati akibat
penyakit akar rendah)
|
-
Sederhana
-
Pusingan tanaman setahun
terhad kerana proses
penyediaan semula tanah
-
Rendah
- Kepadatan pokok lebih
rendah
- Mudah terkena penyakit
berjankit yang dibawa
tanah
|
Kualiti
hasil
|
Tinggi
|
Tidak
menentu
|
Mengutip
hasil
|
-
Lebih cepat dipetik hasilnya
(pokok lebih subur)
-
Tempoh mengutip hasil lebih
panjang
|
-
Lambat mengutip hasil
-Tempoh
mengutip hasil lebih
pendek
|
Kejerihan
|
Rendah
|
Tinggi
|
Kesan
keatas alam sekitar
|
-
Mesra alam (penggunaan
baja yang terkawal)
|
-
Penggunaan najis haiwan
boleh menyebabkan
pencemaran alam (udara)
-
Air bawah tanah mungkin
tercemar
-
Mungkin menyebabkan
hakisan tanah (penanaman
di lereng bukit)
-
Berlaku timbun-tambah
garam-garam galian dalam
batas-batas tanaman (pH
terlalu rendah dan EC pula
terlalu tinggi – perlu
diperbaikki untuk menda-
patkan hasil yang baik
|
Keselesaan
bekerja
|
-
Lebih panas
-
Boleh bekerja walaupun di
hari hujan
|
-
Kurang panas
- Di
kala hujan tak boleh
bekerja
-
Tanah tak boleh dibajak
dimusim hujan (tanah
lembut)
- Di
musim panas (yang lama)
tanah pula terlalu keras
|
Pengurusan
dan penjagaan
|
Struktur
pelindung tanaman,
jaring kalis serangga, sistem
pengairan perlu diurus dan
dijaga secara berterusan
|
Pengurusan
lebih kepada
batas-batas tanaman, sistem
perparitan dan saliran, alat-
alat membajak dan juga
pam air.
|
Rujukan:
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu