kesuburan Tanah
Definisi
Kesuburan Tanah
Kesuburan
tanah adalah keupayaan tanah untuk membekalkan nutrien tumbuhan, air dan udara
dalam dalam kuantiti dan nisbah yang mencukupi untuk tumbesaran tanaman yang
optima.
Kesuburan
tanah mempengaruhi daya pengeluaran sesuatu jenis tanah. Tanah yang subur
adalah tanah yang boleh membekalkan nutrien tersedia yang cukup untuk keperluan
tanaman. Sebaliknya tanah yang kurang subur adalah adalah tanah yang tidak
dapat membekalkan nutrien tersedia yang cukup untuk keperluan tanaman.
Sifat-Sifat Tanah
Yang Mempengaruhi Kesuburan Tanah
Terdapat
beberapa sifat penting yang mempengaruhi
kesuburan tanah iaitu:
i. pH
ii. Konduktiviti
iii. Ketepuan
Bes
iv. Keupayaan
Pertukaran Kation
v. Kandungan
Bahan Organik
vi. Saliran
vii. Keronggaan
tanah
viii. Air
tanah
ix. Organisma
tanah
Nutrien Tumbuhan
Seperti
hidupan-hidupan lain, tumbuhan juga memerlukan makanan untuk kesinambungan
hidup. Tumbuhan hidup, membesar, membiak dan mengeluarkan hasil dengan
menggunakan air, udara dan nutrien dari tanah.
Terdapat
enambelas (16) nutrien penting untuk tumbesaran dan perkembangan tumbuhan
iaitu:
1) Karbon
2) Hidrogen
3) Oksigen
4) Nitrogen
5) Fosforus
6) Kalium
7) Kalsium
8) Magnesium
9) Sulfur
10) Ferum
11) Kuprum
12) Zink
13) Boron
14) Molibdenum
15) Klorin
16) Manganan.
Nutrien
Karbon (C), Hidrogen (H) dan Oksigen (O) didapati oleh tumbuhan daripada air
dan udara manakala nutrien-nutrien lain daripada tanah dan baja.
Sesuatu
nutrien dikatakan penting apabila memenuhi 3 kriteria berikut:
i.
Tumbuhan
tidak dapat meneruskan kesinambungan hidup atau tumbuh dengan normal tanpa
nutrien tersebut.
ii.
Fungsi
unsur tersebut tidak boleh diganti oleh unsur lain dan kekurangan tidak boleh
diatasi dengan menambah unsur lain.
iii.
Nutrien
tersebut memainkan peranan terus dalam proses metabolisma tumbuhan.
Nutrien-nutrien tanaman
terbahagi kepada dua (2) bahagian penting iaitu Nutrien Makro dan Nutrien
Mikro.
Nutrien Makro
Nutrien makro adalah
nutiren yang diperlukan dalam kuantiti
yang banyak. Ia terdiri daripada sembilan (9) nutrien utama iaitu Karbon,
Hidrogen, Oksigen, Nitrogen, Phosforus, Kalium, Kalsium, Magnesium dan Sulfur.
Nutrien Mikro
Nutrien mikro adalah nutrien
yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Jika berlebihan di dalam tumbuhan akan menyebabkan
keracunan dan kematian. Ia terdiri daripada Zink, Kuprum, Ferum, Mangan, Boron,
Molybdenum dan Klorin.