Pages

Sunday, 30 March 2014

BUAT KOMPOS GUNA CACING (BAHAGIAN 2)









TEKNOLOGI MEMBUAT KOMPOS MENGGUNAKAN CACING (VERMIKOMPOS)

1.         SEDIA BAHAN DAN PERALATAN MEMBUAT VERMIKOMPOS
                 ALAT
1    Mesin peracik
2   Poly tank/Keret simen
3  Kereta sorong
4   Cangkul
5  Skop
6  Pencakar
7   Buku panduan penyediaan vermikompos
8  Jangka suhu
9  Tensiometer
10   Sealer
11  Bangsal
12 Palong 

                   BAHAN
1.   Air
2. Jerami padi (Binca )
3. Tolynet 75% teduhan
4. Cacing vermikompos
5. Najis kandang
6. Daun kelapa kering
7. Jaring kalis serangga (16 mesh) berbingkai
8. Beg plastik (1 kg dan 3 kg)
9.   Alat tulis


2.       JENIS-JENIS  KERJA   MEMPROSES BINCA :

·             Sedia binca (sebagai makanan cacing) :
i.       Batang Jagong
ii.      Sisa kebun
iii.      Bahan buangan makanan
iv.      Daun kering/rumput kering
    
·   Cincang sisa tanaman yang keras
·      Rendam jerami padi / batang jagong selama 2- 3 minggu
dalam 1/2 karet simen/polytank yang  mengandungi air.
·   Tos binca yang direndam sebelum digunakan

   3. JENIS-JENIS  KERJA  MEMASUKKAN CACING  KE DALAM PALONG
·   Letakkan binca yang ditoskan  dilantai palong dan ratakan setebal 3 – 4 ”
·    Belah / bahagi  dua binca sepanjang palong jadikan parit kecil.
·   Masukkan cacing 1 kg (2500 ekor) dari tempat ternak kedalam parit yang  
  dibuat dalam palong yang berukuran  8x4x4x1.5 kaki persegi .
·    Tutup cacing dengan binca yang dikiri kanan parit yang dibuat
dalam palong hingga rata
·   Taburkan najis kandang di atas binca setebal 1”
·   Tutup kan dengan tolinet dan tutup lagi dengan daun kelapa bagi
menjaga kelembapan   binca   dan mengekalkan kegelapan.
·   Siram dengan air hingga 70% kelembapan
·   Tutup palong dengan jaring BRC untuk mengelakkan serangan serangga
saperti cengkerik,  burung dan lain-lain musuh cacing.
·   Siraman  di buat 2 kali sehari jika cuaca panas.
·   Pasangkan tolynet disekeliling bangsal palong bagi melindungi dari kepanasan

             4.JENIS-JENIS  KERJA  PEMERIKSAAN  SUHU  VERMIKOMPOS DAN  BINCA
·         Periksa suhu vermikompos :
§  Guna jangka suhu .
bagi  pastikan suhu binca 30  ۫C – 35 ۫ C , siram dengan
air jika suhu melebihi  35 ۫ C
§  Periksa cara manual
                              Masukkan tangan kedalam himpunan kompos  di mana suhu
yang  sesuai akan  dirasai kehangatannya.
§  Periksa  cara visual  -
 Perhatikan dengan melihat cacing akan keluar dari palong
 jika suhu   melebihi dari had yang dikehendaki
·    Periksa kelembapan binca guna tensiometer bagi menentukan
 kelebapan yang sesuai antara 70%-80%
·      Sukat pH , bagi menentukan suhu  sesuai ialah pH 6-7 sahaja.
·      Beri  binca tambahan  1 minggu sekali secara sedikit-sedikit.

    5. JENIS-JENIS KERJA DALAM MEMINDAH DAN  MENUAI  VERMIKOMPOS
      
                      Kaedah 1
·         Himpun kompos yang matang memanjang di sebelah bahagian palong
·         Letak binca baru di sebelah palong yang dikosongkan . Cacing akan
 berpindah ke dalam  binca baru secara perlahan-lahan dalam masa 1- 2 mnggu.
·         Bawa kompos ke tempat pengumpulan hasil, ayak, timbang, dan masukkan
Ke dalam beg, seal untuk  di jual, diguna atau disimpan ke dalam stor.


                           Kaedah 2
·         Himpun kompos matang di tengah-tengah palong cara memanjang saperti batas
·         Tutup kompos dengan jarring plastik (Tolynet)
·         Letak Binca baru di atas jarring (Tolynet) sebagai umpan untuk tarik cacing
naik ke atas dan meninggalkan kompos di bawah tanpa cacing.
·         Angkat jaring dan pindahkan binca baru bersama cacing ke palong baru untuk
 proses perkomposan seterusnya    2 – 3 hari kemudian. Ulang proses ini 4 – 5 kali
 hingga cacing semua berpindah dan kompos boleh di punggut.
·         Punggut kompos yang di bawa ke tempat pengumpulan hasil, ayak,
 timbang, dan masukkan kdalam beg, dseal untuk  di jual, diguna atau
 disimpan ke dalam stor.

Monday, 24 March 2014

CARA BUAT BAJA DARI PEMERAMAN TUMBUHAN








CARA PENYEDIAAN
BAJA ASAS PERTUMBUHAN POKOK

1. FERMENTED PLANT JUICES-FPJ
·       Jantung pisang,selom, pegaga atau lain-lain tumbuhan hijau boleh digunakan untuk membuat FPJ.
·       Peringatan:kutip bahan hijau diwaktu pagi dan tidak perlu dibasuh untuk memerangkap bakteria fotosintetik.
·       Kadar pencairan disyorkan pada tanaman ialah1:500
PENYEDIAAN FPJ

i.                  Potong daun timun kecil-kecil



ii.               Kumpul Daun timun  yang telah siap dipotong




iii.            Campurkan  dengan gula merah dengan kadar  (1:1)





iv.             Gaul rata gula merah dengan daun timun



v.                Pindahkan campuran   ke dalam bekas inkubasi. Pastikan ia hanya 2/3 penuh





vi.             Tutup dengan kertas



vii.          Ikat penutup kertas dengan getah dan biarkan ia selama  4 -5 hari 





viii.       kemudian tapis bagi mendapatkan jus untuk dibuat baja





selamat mencoba.......

Rujukan : Jabatan Pertanian Malaysia