JENIS-JENIS POKOK HIASAN
Alamtanimoden akan menerangkan kepada pembaca semua bahawa pokok hiasan
mempunyai pelbagai jenis rupa dan sifat yang berlainan. Berasaskan kelainan ini
ia boleh dikelompokan kepada benerapa jenis:
i. Pokok jenis Palma
·
Pokok palma adalah pokok
dari famili Palmae.
·
Biasanya ia mempunyai satu batang yang diakhiri oleh sejambak daun.
·
Contohnya Pinang Raja (Cyrtostachys
lakka) dan pokok kelapa gading (Cocos
nucifera) : Contohnya jenis palma . Rujuk rajah 1 : Pinang merah
ii.
Pokok Teduhan
·
Pokok teduhan adalah
pokok yang ditanam untuk dijadikan tempat teduhan.
·
Ditanam di pinggir jalan
atau di kawasan taman untuk berehat.
·
Pokok –pokok ini boleh dibiakan
melalui biji benih, keratan batang atau
cantuman.
·
Contoh nya pokok tembusu (Fragrea fragrans) dan pokok
tulang daing (Milletia atropurpurea). : Pokok Tembesu
iii.
Pokok Renek
·
Pokok yang mempunyai banyak batang , tumbuh dari
pangkal hingga keatas.
·
mempunyai ketinggian
kurang daripada lima meter.
·
Pokok renek dibahagikan
kepada 3 jenis:
a.
Pokok renek berdaun
b.
Pokok renek berbunga
c.
Pokok pagaran.
a. Pokok renek berdaun
·
Biasanya tidak mempunyai
bunga yang menarik tetapi mempunyai daun yang cantik
·
contohnya pokok akalipa
kuning (Acalypha hispida) dan pokok puding (Codiaeum sp). : Contoh pokok renek berdaun
b. Pokok renek
berbunga
·
Biasanya mempunyai
bunga-bunga yang berwarna menarik atau berbau harum.
·
Ia boleh ditanam secara
tunggal atau berkelompok.
·
Contohnya bunga raya (Hibiscus
rosa sinensis) dan pokok bunga kertas (Bougainvillea
sp). : Contoh Pokok
Renek Berbunga
c. Pokok pagaran
·
Pokok renek yang ditanam rapat-rapat di dalam
barisan
·
Dijadikan sebagai
pemisah atau penanda kawasan disamping sebagai penghias.
·
Pertumbuhan daun dan
rantingnya rapat dan membentuk seperti
pagar.
·
Pokok pagaran
boleh dibiarkan tumbuh mengikut bentuk semula jadi atau boleh dipangkas
mengikut bentuk topian.
·
Boleh dibiakkan melalui
biji benih, kerata batang atau cantuman.
·
Kaedah penanaman tunggal adalah dengan menggali lubang berukuran 0.5 x
0.5 x 0.3 meter.
·
Kaedah penanaman pagaran
saiz lubang 0.3m dalam x 0.5m lebar x panjang mengikut dikehendaki. Lubang di isi tanah
campuran dan pokok renek tanam padanya.
·
Contoh pokok pagaran,
pokok daun teh (Ehretia microphylla)
dan pokok jejari hantu (Alternanthera
elliptica). : Contoh Pokok Pagaran
iv. Tanaman Hiasan
Tumbuhan Memanjat dan Tumbuhan Menjalar
a. Tanaman hiasan tumbuhan memanjat.
Mempunyai 2 jenis :
i. Ia mempunyai tenderil dan pencaku tendril digunakan untuk memanjat atau membelit sokongan, sebahagian pula ada
mempunyai akar yang mengeluarkan pelekat
untuk melekat pada sokongan.
·
Contohnya pokok nyonya
makan sirih (Clerodendron thomsonae)
dan pokok bunga kembang songsang atau kembang pagi (Gloriosa superba) .Rujuk gambar 6: Contoh Tumbuhan memanjat
mempunyai tendril
ii. Tumbuhan memanjat jenis scandent shrubs ialah tanaman hiasan
yang tumbuh tegak terapi boleh memanjat jika mendapat sokongan dari pokok lain.
·
Contohnya pokok bunga
kertas (Bougainvillea sp.) dan pokok
petrea (Petrea volubilis). Rujuk
gambar 7 : Contoh Tumbuhan Memanjat
jenis renek
b.
Tanaman hiasan Tumbuhan menjalar.
·
Tumbuhan ini hanya
tumbuh melata .
·
Contohnya Hemigraphis (Hemigraphis colorata) dan bunga
Ros Jepun (Portulaca grandiflora). Rujuk gambar 8: Contoh tumbuhan menjalar
Untuk memberi
pendedahan kepada pembaca yang
dimuliakan , di bawah ini di sajikan berbagai jenis tanaman hiasan menarik di Cameron Highlandas
Bagaimana ? tentu anda merasa puas menghayati ALAMTANI MODEN......JUMPA LAGI